Monday

PINDAAN AKTA KETERANGAN 1950. SEKSYEN 114A

Untungnya ada pensyarah undang2 dlm FB. so, bnd ni dia yg share n sbg rakyat Malaysia yg perihatin aku pun mencarilah maklumat ni.

link kat bawah ni adalah link berkenaan perkara diatas. So, xyah risau spam. Insyallah selamat.


aku sebenarnya tak ada masalah dengan undang2 baru yg dah diwartakan penguatkuasaannya pada 31 Julai 2012.
ada kebaikannya bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara.
Walaupun ramai yang tak setuju tapi pada aku rasionalnya, "kalau tak salah tak payah takut."
Cuma risau kalau hacker je lah... yang ni tak ada bukti yang boleh membuktikan orang yang dituduh tak bersalah. itu yang sangat kita risaukan dan sangat2 perlu dirisaukan.

Namun, kerisauan aku wujud bukan atas fakta ketidakterbukaan atau menyekat hak bersuara tapi lebih pada penguatkuasaan.
hey, ini bukan perkara main2. perkara ni boleh jadi isu yang paling besar dalam sejarah peradaban <---ni ayat melampau.tak ada kena mengena.

korang aware tak dengan sekeliling korang? korang faham kan maksud aku penguatkuasaan. penguatkuasaan adalah manusia. manusia ni hatinya hanya dia dan Allah saja yang tahu. betul? korang aware tak berapa ramai orang kena fitnah atas perkara2 yg dorg tak buat? tu semua sebab apa? ketidakbertanggungjawab manusia yang menguatkuasakan undang2.

siapa? sesiapa yang rasa dia adalah penguatkuasa yang tak bertanggungjawab.

terutama masalah dunia siber. hey, ini sesuatu yang tak dapat dibuktikan. sangat2 tipis usaha membuktikan tidak bersalah.

So, fikir2kan secara ilmiah.observe everthing n simplify in simple understanding. 
bye.

Iklan Raya 2012 - Sepasang Baju Kurung



kalau org lain menangis tgk iklan raya BERNAS, aku pilih yg ni...
sebab?
sebab aku xmampu nk belikan mak aku apa2...
wp nmpk cam dia lupakan mak dia, tp at last dia still belikan mak dia baju raya.
aku?
bukan xmampu cuma berjimat utk masa akan dtg.
maklumlah, aku ni menganggur.
entah bila nak dpt kerja.
entah bila boleh support mak aku mcm2...

aku teringin menghidupkan suasana puasa n raya mcm waktu abah ada.
nmpknya tunggu tahun dpn.insyallah...
harap masih ada Ramadhan utk aku n mama...insyallah...amin.

Wednesday

10 pesann nabi saw kpd fatimah

10 Wasiat Rasulullah saw kepada puterinya Fatimah Az Zahra’

1.Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2.Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya de
ngan neraka tujuh tabir pemisah.

3.Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.

5.Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6.Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.

7.Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

8.Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminaa dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9.Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.

10. Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah.