Aku meneruskan langkah ku. Tujuan ku nyata. Tapi hati ku masih berbolak-balik. Pertemuan ini bukan dirancang tapi kebetulan yang dah diketahui dari awal. Setelah aku bahagia sendirian kini dia akan hadir semula dalam hidup aku.
Bertahun aku cuba untuk melupakan dia. Aku dah cuba untuk elak dari menghadiri majlis ini. Tapi pelawaan penuh harapan kawan baik ku itu tidak mudah untuk aku tolak. Teringat kata-kata Shina minggu lepas.
“Zara, aku bukan kahwin banyak kali. Aku kahwin sekali jer seumur hidup aku. Sampai hati kau tak nak datang.” Ayat itu sudah cukup untuk aku jadi serba salah. Tapi mana mungkin aku hadir setelah aku tahu akan kehadirannya ke majlis persandingan Shina.
“bukan aku tak nak datang. Tapi kau pon tahu kan reason aku?” aku cuba untuk buat dia faham.
“Tak kan disebabkan dia kau nak ketepikan aku?” Shina masih lagi memujuk. Aku rasa. Atau dia cuba sedarkan aku?erm…mungkin.
“Zara, macam ni la… aku reserve je tempat tuk kau. Ini kad undangan yang akan membenarkan kau masuk ke majlis resepsi aku nanti. Kau fikirlah sendiri. Aku tunggu. Kalau kau anggap aku kawan kau, dan sangat bermakna dalam hidup kau, kau akan datang dan aku sangat gembira. Tapi andai kau xmuncul, then I assume I know the answer.” Kata Shina dan berlalu meninggalkan aku sendirian di rumah milikku ini.
Disebabkan rasa sayang aku pada Shina dan dia sangar bermakna dalam hidup aku, maka aku disini. Aku kuatkan semangat aku. Ku katakana pada diri ku. Andai aku jumpa dia…
“shit! Dia depan aku. Mana nak pergi ni?” bisik hati aku bila saja wajah itu menyapa pandangan mata ku. Aku cuba untuk menyorok dari kelihatan oleh nya. Dan aku Berjaya. Sebaik saja pintu dibuka untuk membenarkan tetamu yang hadir memasuki dewan, aku terus meluru kearah penyambut tetamu dan menghulurkan kad yang diberikan Shina minggu lepas.
Rupanya meja aku telah ditetapkan di bahagian rakan-rakan sekelas kami semasa di sekolah menengah dulu. Maklum saja aku dan Shina sekelas. Begitu juga dengan dia. Oh tidak! Aku sangat gabra menunggu meja yang aku duduki penuh. Seboleh mungkin aku berdoa agar dia tidak duduk semeja dengan ku. Alhamdulillah… doa ku di makbulkan Allah. Sampai ke akhir majlis, aku tidak bertembung dengan dia walau aku jumpa dengan ramai kawan-kawan sewaktu zaman sekolah dulu.
Ye la macam mana nak jumpa. Setelah selesai majlis persandingan Shina, aku terus berjumpanya tuk ucap tahniah dan aku terus berlalu pergi. Tidak sanggup rasanya andai berlama disini dan kemungkinan bertembung dengannya.
*************************************************************************************
“kau ni…kenapa yang tak nak cermin diri kau? Kau cuba tengok diri kau dan compare dengan aku. Jauh sangat beza nya. Cuba sedarkan diri kau tu sikit. Kau dah la gemuk. Comot pula tu.” Kata Ammar Nazmi.
Kemudian aku yang masih kaget dengan tindakan Shina menyampaikan isi hati aku kepada Ammar ditarik ke cermin yang disediakan oleh pihak sekolah agar pelajarnya sentiasa dalam keadaan kemas digunakan Ammar untuk menyedarkan aku.
“kau tengok. Muka kau jer dah menjengilkan. Hodoh, comot. Tengok pula pada badan kau. Dah la gemuk, bulat, mengelebeh. Nama sedap Zara Nabilah tapi rupa hancus.” Ammar masih tega menghina aku. Aku lihat Shina menghampiri Ammar. Dah sudah… ni memang ada dapat penangan free ni. Shina ni bukan boleh percaya. Apa nak buat erk?
“eyh…mana ada la…cuba kau tengok betul-betul. Mana ada gelebeh. Pejal je aku tengok. Aku ase aku bukannya gemuk. Cubby sikit je. Cubby bukan comel ker? Ko ni ada masalah penglihatan ke? Owh…hihi…tudung ni tadi terkena sambal budak hingusan makan bagi meja makan. Tak pasal je tudung aku kotor” lantas aku gelak. Aku lihat Shina ternganga. Yang menyaksikan drama swasta sume dah gelak dan ada yang bercakap-cakap antara mereka.mengumpat la tue.
Ammar kelu. Budak ni tak da perasaan ke? Aku pun ase nak nangis dengan apa yang aku cakap. Dia boleh relax je. Ni yang buat aku tak tahu nak buat apa lagi. Bukan aku tak tahu dia suka aku. Aku pun suka kau la… tapi aku tak nak kecewakan kau dan aku pun tak sanggup dikecewakan kau.!!! Hati Ammar menjerit.
Ammar yang dah buntu, meluru masuk ke kelas. Nak sambung study kot. Maklum la…hari ni paper last SPM. Paper kimia lak tu. Memang harus merajinkan diri la…sementa dia memang orang yang rajin study.
*************************************************************************************
“Zara, cm ner ko boleh jadi macam tu? Gila la…ko tak rasa sedih ker?” Tanya Shina yang menemankan aku malam ni. Maklum ar… SPM dah habis. Parents aku dengan parents dia ada business trip. Apa? Ingat aku dengan Shina je ke kawan baik? Parents kitorang pon sama la…
“aku sebenarnya nak selamat kan kau. Aku Nampak kau macam nak sepak dia. Sbb tue aku cakap cam tue. Tapi kelakar la muka kau tercengang tadi. Aku rasa nak gelak golek-golek tengok” aku lantas ketawa besar bila mengingatkan semula muka Shina disaat itu.
“Apa la ko nie. Gila kau aku tak tercengang?” kata Shina membela diri sambil mencubit aku yang sakan gelakkan dia.
“tapi Zara, tadi sebelum balik rumah Ammar ada jumpa aku. Dia kata dia minta maaf. Dia buat macam tu dengan harapan kau akan benci pada dia. Dia kata dia tak sedia tuk semua tu. Dia tak nak mengecewakan dan dikecewakan.” Jujur jer ucapan Shina. Macam sebiji-sebiji yang keluar dari mulut Ammar keluar semula ke mulutnya.
“ tak apa la… kan aku selalu cakap kat kau. Dia tu kawan sekelas kita. Aku punya perasaan tak de kena mengena dengan dia. Aku bahagia kalau dia bahagia. Aku menangis bila dia berduka. Aku tak harap dia balas apa yang aku rasa. Aku dah bahagia dan bersyukur. At least aku tau yang aku masih manusia normal. Ada perasaan. Maknanya telahan korang yang selama ni cakap aku tak de perasaan adalah salah.kan?haha….” aku serius. Itu yang aku rasa. Aku tak pernah kisah orang nak cakap aku syok sendiri ke apa. Yang aku tau. Aku sangat mencintai dirinya. Dan hanya dia yang bisa membuat lidah aku kelu dan malu. Dan hanya matanya aku tak berani untuk pandang tepat. Yang paling payah, menyebut namanya saja sudah boleh buat aku kurang bernafas. Apatah lagi andai bertemu.
*************************************************************************************
Hari berganti hari. Selepas tamat SPM aku menyambung pelajaran ku sebagai pelajar tingkatan 6. Dia mendapat tawaran ke UiTM, Merbok. Aku cuba untuk melupakan dia. Aku cuba untuk mencari teman. Tapi dah berkali aku jumpa dan berkenalan dengan lelaki. Entah kenapa aku masih tak dapat merasakan perasaan yang sama seperti dengannya.
Aku pernah ber’couple’ 2-3 kali. Tapi semua pun tak Berjaya. Mungkin sebab aku tak mampu nak melafazkan kata cinta itu. Membuatkan mereka fikir aku hanya mempermainkan mereka. Bukan aku tak cuba. Tapi hati aku tak ada perasaan itu. Maka mulut aku tak terluah kata-kata itu. Tapi sebab yang pasti belum ada jodoh aku dengan mereka. Hihi…
Kemudian apabila aku menyambung pelajaranku di UiTM,Shah Alam. Aku putuskan tiada lagi lelaki dalam hidup aku sebagai kekasih. Siapa datang pinang aku nanti aku akan pertimbangkan. Dan lelaki itu akan menjadi suami aku, kekasihku, kawanku dan musuhku juga.
Dia? Aku dengar cerita setelah tamat diplomanya di UiTM,Merbok, dia menyambung Ijazah di UiTM
Shah Alam. Tapi yang sangat hairan. Aku tak pernah jumpa dia. Langsung. Agaknya UiTM Shah Alam nie besar sangat kot. Haha…
Kini sudah 6 tahun perkara itu berlalu. Aku sikit pun tak menyimpan dendam pada dia. malah kini aku bahagia. Dia jarang hadir dalam ingatan ku. Betapa hebatnya aku rasa diri aku. Cuma sesekali teringat tu biasa la. Kan? Owh, sepanjang tempoh 6 tahun ni ada sekali aku jumpa dia. masa kenduri tunang Nelly. Selepas tu, aku decide untuk tidak akan hadir ke mana-mana kenduri or function yang di anjurkan oleh teman-teman kami. Aku memang seboleh mungkin untuk mengelakkan dia.
Mana tak nya. Korang fikir la. Balik dari majlis pertunangan Nelly, aku asek berangan je pasal dia. siap boleh tuduh yang Shina ada hati dengan dia. sampai aku selalu menimbulkan kemarahan Shina bila aku suruh Shina couple dengan dia. aku cuba fahamkan Shina yang aku tak kisah andai ada rasa cinta antara mereka. Aku tak akan terasa hati atau menjadi penghalang cinta mereka. Tapi Shina sedaya upaya juga fahamkan aku yang mereka tiada hubungan istimewa. bertahun juga la perkara itu berlanjutan. Akhirnya aku malas nak kisah lagi.
Kenapa Shina jadi mangsa? Kenapa aku tuduh dia macam tue? Sebab Shina la sumber maklumat aku pasal dia. Shina agak rapat dengan dia. maka sebab Shina juga rapat dengan aku jadinya aku tau hampir semua cerita tentang dia. hihi… terbaik la kamu Shina. Aku Cuma yakin yang mereka tak ada apa-apa hubungan bila Shina kenalkan aku dengan bakal tunang dia. merangkap suami dia sekarang nie. Tu pun mula-mula aku ingat Shina cari lain sebab nak menjaga hati aku. Rupanya diorang dah couple masa sekolah lagi. Cuma sebab aku ni memang kurang alert dan cik Shahina bt Abd Rauf ni sangat la perahsia. Maka aku pun tak tah.
Sebelum korang lagi pening. Aku tak bermusuh dengan Ammar Nazim bin Azril. Tak sama sekali. Aku sangat suka dia. erm…actually aku dh jatuh gedebuk kat dia. meh nak cerita macam mana semua ni boleh jadi.
*************************************************************************************
“Pelajar baru yea?” pertanyaan itu menyapa telingaku dihari pertama persekolahan aku di sekolah ini. Aku hanya mengangguk.
“Nama sapa?” ramah pertanyaan aku. Aku Cuma jawab “Zara”.
“dari mana?” soalan lagi yang bertandang di telingaku.
“Hisamudin” aku masih bertahan menjawab sepatah.
“ owh, sekolah agama. Kenapa pindah?” suara seakan teruja.
“tak minat” aku masih melayan pertanyaan dia walaupun sebenarnya aku dah sangat rimas.
“Lagu ini ditujukan untuk student baru dalam kelas kita” tiba-tiba kedengaran satu suara lantang
dari hujung hadapan kelas. Maklum je. Aku duduk di belakang sekali. Berhampiran pintu.
Maka berkumandang la lagu “Sri Langkat”. Dah sudah… siapa yang buat onar ni? Aku pandang tepat kearah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bergembira memainkan lagu “sri Langkat”. Dan jelingan tajam ku hadiahkan pada penyanyinya.
Dan incident tu buatkan aku sangat membenci lagu itu. Aku cukup fobia lagu tu. Walhal itu adalah antara lagu kegemaran aku. Dengar saja lagu itu berkumandang, pasti aku akan tutup radio. Aku alah dengan lagu tu. Dan aku paling benci dengan manusia yang menghadiahkan aku dengan lagu itu. Sebab dia aku malu dalam kelas tu. Dan sebab dia aku benci dengan lagu favorite aku.
Hari ini seperti biasa, aku pergi ke kelas. Tapi entah kenapa hati aku rasa lain. Hati aku rasa macam mencari sesuatu. Sesuatu yang aku tak tahu apa. Langsung tak tahu. Hari ini kelas aku agak sunyi. Geng-geng memekak dalam kelas ni kena paksa buat mural. Aku? Aku tak ada kreativiti tu. Dorang tu bukan nya nak sangat buat. Tapi salah satu cara nak escape kelas English. Haha… gaya aku tak tahu. Itu tektik lama aku kat sekolah lama la… sekarang je aku dah tak buat.
Erm…sampai ke sudah aku tak jumpa jawapan kenapa hati aku runsing. Hati aku mencari-cari sesuatu. Aku rasa macam ada sesuatu yang hilang. Arh… lantak kau la hati. Aku nak tido. Penat gila rasa badan ni sebab layan kau. Sekarang ni… aku nak layan mata lak. Jom mata kita pergi tido. Otak aku mula la rasa macam sikit biol. Bercakap sesama anggota dan organ. Haha… selamat malam dunia!!!
*************************************************************************************
Dan sejak tu la aku sedar yang hati aku selalu nak cari dia. sebabnya keesokan hari nya sebaik sahaja aku melangkah masuk ke kelas, aku Nampak dia terus hati aku jadi berdebar dan dalam debar itu ada sikit kelegaan. Dan yang paling hairan, aku langsung sahaja sopan depannya tapi sedaya mungkin aku menjadi diriku. Dan yang paling ketara, dia yang aku selalu jelling dan tenung matanya, kini aku tak berdaya. Aku jadi sesak nafas setiap kali mata nya merenungiku. Maka di saat itu aku sedar, aku telah jatuh cinta padanya… ok ayat tue agak poyo…tapi itu la hakikatnya.
Hakikat itu juga yang melarikan aku darinya. Rahsia hati aku hanya ku kongsi dengan mereka yang rapat dengan ku. Perkongsiaan itu rupanya mendatangkan bencana padaku bila kawan yang aku titipkan pesan ‘rahsia antara kita’ telah memperdengarkan rahsia itu padanya. Aku hanya tahu yang rahsia tu dh lama lopong selepas beberapa minggu sebelum result SPM keluar. Rupanya Ammar dah tahu rahsia hati aku sebelum Shina bagitahu. Ini angkara Cik Haslina. Teman yang sama-sama gelak telah tikam aku dengan niat sucinya itu.
Akibat dari insiden itu, aku datang ambil result SPM pon dh tengahari bagi mengelakkan bertembung dengan dia dan rakan-rakan yang lain. Dan aku pun ambil saja result terus berambus. Tak toleh kiri kanan lagi.
*************************************************************************************
“Sayang, esok hari kekasih, kan?”
“ Nak tak jadi kekasih Nazmi esok?”
“Esok je? Habis tu, hari ni Nabilah apa dengan Nazmi?”
“hari ni dan selamanya Nabila isteri Nazmi” kata itu ku ucapkan dengan ketawa senang. Lucu melihat wajah cemberut isterinya. Isteri yang baru di nikahi seminggu yang lepas. Tarikh yang dipilhnya untuk mengenangi tarikh dimana kali pertama dia melihat Zara Nabila dan pada tarikh itu hatinya selalu berkata “dia isteriku”.
Demi kata hati itu la, aku belajar bersungguh-sungguh. Aku raih kejayaan demi kejayaan dalam hidup aku. Alhamdulillah, kini aku sudah stabil. Satu persatu tangga kejayaan yang aku impikan selama ini tercapai. Posisi aku sebagai Penolong Pengurus Besar (assistant General Manager) di sebuah syarikat petroleum yang terkemuka dunia memungkinkan aku untuk memberikan keselesaan kepada isteriku seperti yang aku impikan sejak dari kali pertama hati ini mengenal erti cinta.
Dan kerana cinta itu aku tegar melukakan hatinya. Tapi aku sangat bersyukur, kerana dipertemukan dengan seorang perempuan yang lembut hatinya. Walau susah untuk aku mengejarnya selepas hatinya aku lukai demi menyediakan diriku untuk menjadi seorang insan dan suami yang baik untuknya, tapi Alhamdulillah, cinta nya padaku tak pernah pudar.
Majlis perkahwinan Shina adalah titik permulaan aku bertindak sebagai seorang lelaki. Walaupun di dalam majlis itu aku tidak bersemuka dengannya secara langsung tapi aku Nampak gelisah di wajahnya. Aku nampak auranya yang selalu kuat padaku. Kalau dulu aku selalu tergoda dengan malunya, kini aku makin tergoda dengan batasannya. Kalau dulu terserlah kasarnya, kini terserlah kewanitaannya. Owh isteriku.
Sepertimana dulu dia menyiasat tentang aku, aku pun mula menyiasat tentangnya. Tanpa pengetahuan dia, aku ikut dia di belakang sewaktu dia bergegas balik ke rumah setelah selesai majlis risapsi perkahwinan Shina. Aku nampak dia menyalami tangan ibunya. Maka aku membuat kesimpulan yang dia tinggal bersama keluarganya.
Aku merisik-risik pada Shina sama ada dia sudah berpunya atau belum. Walau Shina sudah mengesahkan dia masih solo, tapi aku tegar aja meminta Shina untuk bertanya dari hati ke hati. Aku takut andai sudah ada lelaki lain dalam hatinya. Sepertiku jangka, dia masih menunggu aku. Dan bersama jawapan itu, aku meminta orang tua ku untuk merisiknya untuk aku. Dia minta tempoh seminggu dan aku tahu alasan itu. Semestinya dia ingin melakukan istikharah. Saat itu aku makin terpikat dengan agamanya.
Alhamdulillah, seminggu kemudian khabar gembira buatku. Dia terima tapi dengan syarat selama tempoh pertunangan tiada pertemuan atau sebarang komunikasi langsung, segala urusan perlu melalui ibu bapa kami dan majlis perkahwinan kami hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja tanpa persandingan hanya majlis kesyukuran. Aku terima syarat itu dengan balasan syarat dimana aku yang akan menetapkan bila tarikh pernikahan kami dan majlis risepsi. Tapi ku pohon padanya agar dilakukan di hotel bagi memudahkan urusan kerana aku tak mahu menyusahkan ibu bapaku dan ibu bapa mertuaku serta keluarga yang lain. Dia setuju.
Maka tanggal 7hb Februari2010 adalah tarikh keramat pernikahan kami paginya tepat jam 7.45am. awal pagikan? Sebab diawal pagi itu la hatiku terpaut padanya. Dan majlis resipsi pada sebelah malamnya kerana pada waktu malam itu la waktu aku tekad untuk memilikinya. Adakah aku terlampau mementingkan diri sendiri tanpa ambil kisah tentang nya?
“kekasih, happy 3rd anniversary” ucap ku sambil mengucup dahinya sebaik saja enjin kereta Zara
mati dan pintu dibuka. Aku kemudian memimpinnya untuk bangun keluar dari kereta. Kesian Zara.
Walau sudah sarat mengandung anak sulung kami, dia tetap bekerja. Aku dah puas memujuknya agar duduk saja dirumah. Aku mampu menaggungnya dan anak kami. Malah lebih dari mampu. Tapi jawapannya…
“Nanti pas baby lahir Nabila duduk rumah saja ok?” aku memang tak berdaya nak paksa dia walau aku mampu untuk buat begitu.
“wah, specialnya.. candle light dinner lagi… Nazmi yang masak?” Zara terus mengambil tempat. Selesai makan seperti biasa kami sama-sama mengemas meja makan. Walau ku tegah tapi Zara tetap berdegil. Katanya “senaman sebelum rehat lama”. Haha…ada-ada saja isteriku ini.
Kami ke taman di halaman rumah kami menikmati malam yang mana kebetulan sewaktu itu bulan sedang mengambang. Aku tau Zara sangat suka menikmati keindahan bulan mengambang. Walau aku tak berapa ada minat merenung bulan kerana bagiku ia membosankan, tapi demi isteriku, aku pupuk minat tu bersama. Kini aku rasakan bulan itu memang indah. Subhanallah…
“Love, next week kan Lover’s Day, could you be my Lover?” Tanya ku. Sengaja aku gunakan Lover’s Day. Walhal sepatutnya Valentine’s Day. Bukan apa, aku Cuma tak nak sambut hari kematian paderi tu. Aku nak sambut hari kekasih. Bahasa melayu kan sebut hari kekasih. Kan?
“I’m always your, dear” Jawab Zara manja sambil menghadiahkan kucupan di pipiku. Aku suka bila Zara buat macam tu. Zara ni tegas orangnya. Tapi bila dengan aku, dia sangat sopan santun. Malah sangat manja. kerana itu aku sangat menyangjungi isteriku.
Dlm usia 3 tahun perkahwinan kami, bukan tak pernah badai melanda. Badai bukan yang berpunca dari orang lain, tapi dari kami sendiri. Zara pernah minta dilepaskan gara-gara aku meragui dirinya. Ya lah… sewaktu itu belum capai setahun pun usia perkahwinan kami.
*************************************************************************************
“Zara mesra betul ye dengan that guy. Handsome.”kataku sarkastik. Zara hanya senyum sambil mengangguk.
“aah… Iqram tu rajin orang nya. Senang nak ajak berbincang. Sebab tu Zara senang nak berkerjasama dengannya. Lagipun, dia mesra orangnya” Jawab Zara jujur.
“Biasa la… Orang kacak macam tu memang mudah didekati.” Aku masih cuba tuk sampaikan cemburuku tapi dengan cara tidak langsung.
“Erm… tak juga. Selalu orang yang kacak ni sombong. Tapi Iqram ni ok la… Tak sombong walaupun kaya.” Jawab Zara yang masih lagi tidak dapat mengesan cemburu suaminya.
“Zara, look. I’m jealous right now. You look so pleasant with him. You are not that type of person that easily can get in with others. Zara yang I kenal orangnya sangat tegas dan tau batasan pergaulan.” Kataku setelah memberhentikan kereta di tepi jalan. Walau bagaimanapun, keselamatan kami sangat penting.
Zara terus diam membisu. Diam seribu bahasa. Aku perlukan penjelasan dia di atas tingkahnya. Kenapa dia diam.
“Zara, answer me” aku cuba desak Zara. Tapi Zara tetap Zara. Diam tanpa apa-apa ucapan.
Akhirnya aku meneruskan pemanduanku ke rumah kami. Dalam perjalanan tiada apa yang kami bualkan. Sunyi sepi. Sementa la, aku memang tidak berapa gemar membuka radio. Kalau pun aku membuka radio adalah kerana ingin mendengar celoteh penyampai radio dan caller. Mendengar lagu bukan kegemaranku.
Sesampai dirumah, Zara keluar kereta dan membuka pintu pagar rumah untuk membolehkan aku memarkirkan keretaku di dalam porch kereta rumah kami. Kemudian, Zara terus meluru masuk ke dalam rumah. Aku hanya memandang sepi. Aku mencarinya di ruang tamu. Tiada. Tapi dapat aku lihat air masak sudah berada diatas meja makan seperti kebiasaannya. Aku masuk ke dalam bilik. Kemudian aku perasan sesuatu. Zara mandi di kamar tetamu. Aku tahu dia marah. Zara suka mengasingkan dirinya bila dia marah denganku.
Aku biarkan. Aku sendiri perlu menenangkan diriku yang pada hematku aku sudah melampau. Meragui Zara. Ya Allah, ampuni aku kerana mengesyaki isteriku. Entah kenapa aku mesti cemburu. Walhal aku tahu, Zara mesra dengan semua kawan-kawan pejabatnya. Cuma kemesraan dia berbatas. Setakat kawan. Tapi dengan Iqram, dia rasakan kemesraan itu telah lama. Aku rasa mungkin dulu mereka pernah bercinta. Oleh kerana aku telah mengambil langkah awal, maka Zara menerima aku dan memutuskan hubungan dengan Iqram. Oleh kerana tanggapan itu aku mencurigainya.
Usai mandi dan solat maghrib, aku keluar kamar. Aku lihat bilik tetamu sudah gelap. Aku yakin Zara di dapur. Teramat yakin. Dulu sewaktu dia merajuk denganku kerana ego ku yang tak mahu mengaku kesilapanku dulu pun dia begitu. Marah dia tak pernah melupakan tanggungjawabnya. Aku yakin aku dapat pujuknya sepertimana aku dapat memujuknya dulu. Dulu dia sangat marah pun aku boleh pujuk, inikan dia diam seribu bahasa. Mungkin dia tak marah padaku tapi dia memberiku ruang untuk tenang dari marahku.
Selesai makan malam dan mengemas di dapur, aku mengajak Zara ke hadapan. Di ruang tamu. Aku cuba untuk buat seperti tiada yang berlaku di antara kami. Tapi Zara jadi terlampau kaku. Aku rasa serba salah.
“Nabila, Nazmi minta maaf ok? Nazmi tahu Nazmi tak patut marahkan Nabila. Nazmi minta maaf sangat-sangat.” Kataku lembut. Aku menurunkan ego ku sebagai seorang suami. Tapi apa yang Zara lakukan? Dia bangun dan terus mendaki tangga menuju ke bilik kami. Sekurang-kurangnya aku tahu dia dah maafkan aku. Kalau tak dia takkan masuk bilik kami. Aku senyum dan terus masuk ke bilik.
Aku lihat Zara duduk di penjuru katil. Aku duduk di sebelahnya. Aku capai tangannya. Tapi aku terkejut bila Zara menarik tangannya dengan kasar dan bangun menuju ke balkoni. Aku sikit terasa hati dengan tingkahnya. Aku cuba bertenang untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Aku menghampiri isteriku dan memeluknya dari belakang.
“ Hey, kenapa menangis ni?” tanyaku bila ku dengar esakan Zara. Aku menghadap Zara.
“Nabila, kenapa ni? Kenapa isteri Nazmi ni menangis? Nazmi buat salah yang sangat menyakitkan hati Nabila ke?” aku kesat air matanya.
“Nabila minta Nazmi lepaskan Nabila” katanya dan air matanya makin laju mengalir. Aku merenung dalam matanya. Aku Nampak sinar cintanya. Tapi kenapa ini yang dipinta. Aku tahu aku salah. perlukah perpisahan yang dipinta?
“Nabila… tak elok permintaan Nabila tu. Bergegar tiang arash, sayang.”lantas ku berlalu dari bilik kami dan aku terus menuju ke bilik sebelah. Dalam Islam mengangurkan mengasingkan diri dari isteri tanda suami marah.
Keesokannya aku pergi kerja menaiki teksi. Aku tinggalkan keretaku untuk kegunaan isteriku. Walaubagaimana marah pun aku padanya, aku tetap inginkan dia selesa. Aku balik kerja lewat. Kebetulan aku ada project yang urgent untuk disiapkan dalam masa 3 hari. Malam itu aku balik, ku lihat keretanya sudah ada di dalam porch bersebelahan dengan keretaku. Sudah siap repair la tue.
Sudah seminggu aku dan Zara tidak bercakap. Langsung. Aku ada ego ku. Walaupun tugas harian kami dirumah dijalankan seperti biasa. Tapi tiada komunikasi antara kami. Rumah ini sangat sunyi.
Malamku bertemankan bantal di bilik tetamu. Zara langsung tidak memujukku. Aku ambil telifon bimbitku. Ku lihat jam sudah jam 2 pagi. Tapi mataku masih tidak mahu tidur. Tiba-tiba aku lihat cahaya dibahagian bawah pintu seakan ada orang. Kemudian tombol pintu di pulas dan pintu di tolak perlahan. Aku lihat Zara masuk. Aku memejamkan mataku. Aku dapat rasakan Zara berada betul-betul dihadapanku. Aku dapat rasakan mukaku ditenungnya.
“Nazmi, sampai bila kita nak macam ni? Nabila penat hari-hari bercakap dengan Nazmi yang dah tidur. Nabila rindukan Nazmi”kata-kata itu terhenti. Aku dengar esakan kecil isteriku. Tapi aku masih kakukan diriku. No wonder aku selalu rasa seperti diperhatikan. Rupanya tiap-tiap malam dia berada dihadapanku.
“Tapi macam Nabila cakap hari tu. Nabila tak boleh terima langsung bila Nazmi tak percayakan Nabila. Kan Nabila dah cakap dari dulu lagi. Nabila tak perlukan kejujuran walaupun Nabila tau kita saling berlaku jujur antara kita. Tapi Nabila sangat perlukan kepercayaan. Bila Nazmi mula syak pada Nabila, Nabila rasa sedih sangat. Sampai hati Nazmi tuduh Nabila. Nazmi tau tak Nabila sangat mencintai Nazmi. Dari zaman kita sekolah dulu perasaan itu wujud. Nazmi kejam tau tak?” ayat terakhirnya itu hampir membuatkan penyamaran aku terbongkar. Mujur aku masih mampu bertahan.
“Nazmi tahu kenapa Nabila minta dilepaskan? Sebab Nabila percaya, sekali syak wasangka itu wujud. Maka dia akan selalu ada. Nabila tak nak perkara itu berlaku. Nabila perlukan kepercayaan Nazmi sepenuhnya. Bila Nazmi syak Nabila dengan Iqram. Hati Nabila hancur. Luluh rasa hati bila orang yang paling Nabila cintai tuduh Nabila macam tu. Iqram tu tak lebih dari seorang adik pada Nabila. Dia mungkin kelihatan matang. Tapi usianya baru mencecah 20 tahun. Dan untuk pengetahuan Nazmi, dia selalu datang rumah mama. Dia kawan baik adik. Kalau Nabila nakkan dia, Nabila takkan terima Nazmi. Sebab dia sudah lama ada dalam hidup Nabila. Sebelum Nazmi ada dalam hidup Nabila lagi. Lagipun hati Nabila dah serah bulat-bulat pada Nazmi usai lafaz qabul dari Nazmi diterima saksi-saksi.” Esakan halus Nabila tadi dah makin kuat. Tapi aku tahu dia masih mengawal tangisnya.
“Tak pe la Nazmi, hati ini milik Nazmi. Ikut suka la Nazmi nak buat apa pun. Nabila terima saja.” Esakan itu dah makin kundur bunyinya. Mungkin dia sudah mula tenang.
“Nabila cerita pada Shina tadi. Maafkan Nabila. Tapi jiwa Nabila rasa sangat terseksa. Nabila perlu teman berbicara. Shina cakap, mungkin Nazmi curiga sebab kita Nabila tak panggil Nazmi dengan panggilan abang. Walaupun kata-kata itu hanya gurauan. Tapi Nabila fikirkan juga. Nabila tak nak panggil Nazmi ‘abang’ sebab Nazmi sangat istimewa buat Nabila. Kalau panggil ‘abang’ kan ke ramai orang yang Nabila panggil abang. Jadi tak ada la istimewanya Nazmi. Kebetulan nama kita ada 2. Zara Nabila dan Ammar Nazmi. Zara dan Ammar panggilan kawan-kawan dan keluarga kita. So for someone special, kena la panggil dengan nama yang orang lain tak gunakan?” aku hampir tergelak. Isteriku ni…macam-macam. Aku langsung tak kisah tentang tue.
“kadang-kadang best juga cakap dengan orang tidur ni. Kalau Nazmi berjaga. Ada je nak lawan. Tak pernah nak setuju dengan apa yang Nabila cakap. Asyik dia je nak betul. Cam ni… Tak pe la… merajuk la hari-hari.” Katanya sambil tergelak. Aku tak boleh tahan lagi. Aku gelak kuat. Aku lantas bangun dan membuka suis lampu. Aku lihat wajah Nabila tercengang dan malu. Aku hampiri isteriku. Aku tarik dia berdiri dari melutut. Aku peluk dia erat.
“amboi… mengutuk suami sendiri yea” aku tarik hidungnya. Dia menepis dan tertunduk malu. Aku senyum. Sifat malunya selalu mengoda aku.
“Nazmi pun tersangat rindukan Nabila.” Kataku lembut. Aku lantas mencium ubunnya lama. Pelukanku eratkan lagi tanda aku sangat merindui dirinya.
“Nazmi minta maaf yea sebab sakitkan hati Nabila.” Kataku sambil merenung tepat matanya.
“Nazmi tak tahu kenapa Nazmi boleh cemburu macam tu sekali. Walhal sebelum ini pun Nazmi selalu je Nampak Nabila dengan orang lain. Tapi dengan Iqram pula yang buat Nazmi cemburu. Sebenarnya
Nazmi percaya Nabila takkan curang pada Nazmi. Tapi jealous punya pasal. Ye la… Orang tu dulu sangat sombong. Selama berapa bulan kita kahwin, tak pernah pun cakap dia cintakan kita ke tak. Kita je duk panggil dia sayang la. Dia tak de pun.” Kataku mengusik. Lantas satu cubitan aku terima. Mesti lebam punya. pernah kena waktu sekolah dulu. Tapi tak pe la… isteriku yang buat. Anggap aja love bite.haha…
“Nazmi, maaf ye. Nabila tak romantic macam Nazmi. Nabila malu nak cakap yang Nabila cintakan Nazmi. Semua orang cakap, love have to be communicate, tapi pada Nabila, love have to show by action.” Kata Zara sambil bermain-main dengan lengan baju tidurku. Aku hanya geleng kepala.
“Ya Allah, bersyukurnya aku hari ini. 2 kali aku dengar isteriku lafazkan cintanya padaku, Ya Allah.” Aku saja nak menyakat Nabila. Dan sekali lagi ketamnya mendarat di lenganku.
“Nabila, lepas ni jangan ada perpisahan antara kita ye? Insyallah, Nazmi harap hunungan kita dalam redha Allah dan akan kekal selamanya.” Nabila mengangguk. Aku mencium ubunnya sekali lagi.
“Nabila minta maaf sebab minta Nazmi lepaskan Nabila hari tu.” Katanya tertunduk. Aku mengangguk.
“Nazmi pelik la… kenapa tah isteri Nazmi ni kalau pandang Nazmi tak pernah nak pandang mata Nazmi. Ke sebab nazmi tak handsome? Tapi rasanya handsome la kalau nak compare dengan orang-orang yang tak handsome. ke dia berdebar bila pandang mata Nazmi?” Kataku mengusik. Aku ketawa kuat dengan usikan ku yang ku tahu tepat.
*************************************************************************************
“Nazmi, kenapa setiap kali anniversary kita, Nazmi always ask Nabila to be your Valentine?” aku bertanya pelik.
“sayang, tak baik sambut Valentine. Nazmi minta Nabila jadi kekasih Nazmi pada hari Kekasih. Bukan hari Valentine.” Tegur Nazmi membetulkan tanggapanku. Aku hanya mengangguk sambil mengusap perutku.
“love, ingat tak masa Zaman sekolah dulu? Masa kita form 5, I ask u to be my valentine? Dulu jahil sikit. Tak tahu yang Valentine’s day tue celebrate hari kematian paderi Velentine. Bila dah tahu, kena la ubah.” Kata Nazmi. Aku mula teringatkan kisah di makmal fizik.
Aku sedang sibuk menyiapkan kiraanku. Dia datang dan terus mengajakku untuk keluar pada hari kekasih. Aku yang terkejut. Terus terdiam.
“oh…ingat-ingat. Ada ke pastu Nazmi boleh lak suruh ajak Shina.” Aku gelak. Aku ingat lagi muka dia disaat itu. Sangat kelakar.
“ye la…ada ke pergi diam. Orang punya la takut kena reject. Dia boleh diam.” Nazmi mempertahankan diri.
“haha…dah dia tue tiba-tiba je. Orang tengah sibuk. Dia boleh lak ajak dan expect nak jawapan on the sport. Bagi la orang bernafas dulu. Tau tak time tue hati dah bunga-bunga. Tak cukup nafas nak cakap ye. Pastu bila dah orang diam. Boleh lak blah cam tue je. Senget betul” ketawaku makin kuat. Melihat ke wajah Nazmi buat aku makin tergelak.
“hubby, I’m always want to be ur lover. No metter for lover’s day or other days. I’m always your.” Aku pujuk Nazmi setelah ketawaku reda dan aku lihat wajahnya masih cemberut. Nazmi tersenyum.
“sayang, sayang makin pandai pujuk la.” Katanya. Aku hanya senyum dengan pujiannya. Tiba-tiba aku teringat. Soalan yang selalu bermain di mindaku. Tapi rasanya aku dah dapat jawapan.
“kiranya, tarikh perkahwinan kita ni ada kena mengena dengan kisah ni kan?” aku cuba serkap jarang.
“yes and nope.” Jawab Nazmi.
“yes sebab?” Tanya aku.
“yes sebab iya dan nope sebab bukan” Nazmi permainkan aku. Aku bangun. Malas nak layan. Lagipun perutku rasa semacam. Nazmi memelukku dari belakang.
“love, don’t u remember? At that date, Nabila masuk sekolah kita dan masa first time Nazmi nampak Nabila adalah pada jam 7.45 pagi. Dan masa tu hati Nazmi terdetik inilah isteriku. Sebab tu Nazmi request kita nikah pada 7th February pukul 7.45 pagi. Nazmi nak ingat moment tue sampai mati.” Kata Nazmi sambil memcium leherku. Aku mula rasa rimas. Dengan ari-ari ku yang sakit dan pelukan Nazmi. Aku lantas meleraikan pelukan itu. Tapi disebabkan kesakitan itu makin menjadi. Aku berpaut semula kepada Nazmi.
“Nabila rasa sakit sangat” kataku. Nazmi cuak. Lantas dia dudukkan ku di atas kerusi dan dia masuk ke dalam. Aku agak terasa dengan perbuatannya yang meninggalkan aku dalam keadaan kesakitan begini. Tapi rasa sakit itu aku lupakan kerana sakit yang ku tanggung sekarang makin sakit. Dua minit kemudian nazmi datang semula kearahku. Digendongnya aku dan dimasukkan kedalam kereta. Rupanya dia masuk untuk mengambil kunci keretanya. Ye la… kereta dia lebih luas dan selesa kalau nak compare dengan keretaku yang rendah dan tentu sukar untuk aku masuk.
“sayang tak perasan ke air ketumban dah pecah?”Tanyanya. aku merasa baju ku dan baru aku perasan. Nak buat macam mana. Aku memang macam tu. Dan aku tau kenapa jodohku dengan nazmi. Sebab Nazmi orangnya sangat teliti dan aku sangat cuai. Maka Nazmi ada untuk selalu sedar akan sesuatu yang aku tak perasan.
Setelah bertarung dengan nyawa. Akhirnya aku mendengar suara bayi. Aku lega. Aku pandang wajah nazmi yang selalu berada disisi ku memberi aku semangat. Tapi aku terasa seakan masih sakit. Macam ada lagi di dalam perut aku.
“Puan, ready untuk second push ya” kata doctor muda itu. Aku Pandang Nazmi. Dia mengangguk dan menuntukkan 2 jarinya. Aku mengangguk. Lantas ku teran tuk anak kembar kami.
“yes puan. Kepala baby dah keluar. Sikit lagi puan.” Kata doctor muda out lagi. Aku gengam kuat tangan Nazmi dan meneran. Aku dah sangat letih dan aku harap ini yang terakhir. Suara bayi yang
ku dengar. Alhamdulillah… kemudian aku tak tahu apa yang berlaku. Aku sangat letih.
*************************************************************************************
“Alhamdulillah…love…you really make me worry la… dah 3 hari Nabila tak sedarkan diri.” kata Nazmi lantas mencium kasih tangan dan ubunku. Aku suka bila dia mencium ubunku. Terasa sangat diri disayangi. Aku membelai lembut wajahnya.
“Nazmi macam mana hari ni? Nabila tak dapat nak uruskan Nazmi dah 3 hari.”
“Nabila ni la… asyik risaukan Nazmi je. Tak nak Tanya pasal anak-anak kita?”
“anak-anak?”
“dear, you lupa ke? We got twine?”
“ye ke? Tapi kan kita pilih 1 nama lelaki n 1 nama perempuan. Jadi kena pilih 1 lagi nama la kan?”
“tak payah. Kita dapat kembar sepasang. Seiras. Bersedia la ye sayang. Kerenah dorang ni nanti sama.” Nazmi kemudian keluar dan menjemput ahli keluarga kami yang lain. Aku lihat anak ku digendong oleh mama dan mak. Aku rasa sangat bahagia. Nazmi mengambil tempat disebelahku.
“dah-dah…semua keluar. Ibu rayyan dan rania nak bagi susu” seloroh Nazmi. Yang hadir semua ketawa. Tapi mama meletakkan anakku seorang dipangkuanku dan mak memberikan seorang lagi ke Nazmi. Aku lihat Nazmi tak kekok pun.
“Love… susukan rayyan dulu yea. Kesian kat diorang ni. 3 hari pertama kena minum susu formlu. Tapi tak pe ye sayang, 6th month from now on… rayyan dan rania akan dapatkan susu dari ibu je. Tak de susu awal lembu. Kan ibu kan?” aku hanya mengangguk dan membelai rambut anakku yang sedang menyusu.
“Zara Nabila, Doc kata susu ibu buka setakat baik untuk anak-anak saja tau. Untuk Nabila pun. Kalau nak shape yang lama, kena rajin susukan anak. Kalau tak de shape yang macam dulu. Nazmi tak nak layan dia dah.” Kata Nazmi sambil ketawa. Aku tahu dia bergurau.
“tak pe la… Kalau bapak tak nak layan ibu, anak-anak ibu adakan?” balas ku sambil mengucup sayang rayyan.
“amboi…mentang-mentang dah ada anak-anak. Nabila dah tak sayang Nazmi lagi.” Rajuk Nazmi. Aku senyum. Sifat keanak-anakkannya ini selalu buat hati aku gembira.
“Nazmi…” panggilku lembut.
“tak ada la…Nazmi main-main je… Nazmi tahu Nabila sayang dan cintakan Nazmi.” Potong Nazmi.
“Nazmi…” panggilku lagi.
“Nazmi tahu Nabila tak akan abaikan Nazmi.”potongnya lagi.
“Nazmi…” tegas panggilan aku itu. Geram aku bila kata-kataku di potongnya.
“kenapa?” Tanya NAzmi lantas memandang ke arahku tepat. Mungkin menyedari nadaku keras.
“tak rasa ke kita dah perlu tukar panggilan kita? Takkan anak-anak nanti nak dengar kita panggil nama macam ni kan? Takut diorang ingat kita tak der respect each other” aku cuba menyampaikan apa yang aku terfikir. Aku lihat Nazmi senyum.
“dah lama nak dengar perkara ni. So? Are you ready to call me “abang”?”Tanya Nazmi.
“erm…perlu ke panggil abang?selain dari tue tak boleh ker?” aku memang tak berkenan panggilan
itu.
“haha… dah agak dah. Dear, I like the way we are now. But as u said, nanti apa anak-anak akan fikirkan?”
“erm… kan? Nabila pun… macam sweet je kan panggil Nabila n Nazmi. Double N.hihi…”
“so kanda dinda cam ner?”
“mak ai…zaman purba betul la…”
“Nabila… awak dah jadi ibu tau. Mana boleh cakap gaya tue” tegur Nazmi bila aku mula bercakap gaya zaman sekolahku. Aku hanya tersengih.
“apa kata kalau honey and hubby?” Tanya ku tanpa mengendahkan tegurannya tadi.
“ohho…patut la dia panggil kte hubby masa malam anniversary kita. Rupanya dia dah fikir nak
panggil kita hubby. Baik la honey… I love it.” Usikan dan penerimaan cadangan Nazmi itu telah mengundang senyum lebar di bibirku. Satu kucupan di dahiku dihadiahi oleh suamiku. Pelengkap hidupku. Aku balas dengan kucupan di pipi nya.
“lorh…pipi je? Nak la dekat sini.” Kata Nazmi sambil menunjukkan bibirnya. Aku mencubitnya.
“Tak malu ke dengan rayyan dan rania nie?” kata ku malu.
“lorh…nak malu mende. Bukannya buat dosa. Sentuhan mengeratkan hubungan tau. Lagipun, tak baik tau isteri menolak permintaan suaminya. Dosa besar tau. Nanti masuk neraka. Tak cium bau syuga.Kan?kan rania?”katanya sambil mencium ubun rania. Aku tak endahkannya. Aku minta rania untuk disusukan. Setelah menyusukan rania. Rania pun sama tidur seperti rayyan. Aku memberikan rania pada nazmi untuk diletakkan didalam katil mereka yang disediakan pihak hospital. Nazmi kembali mendekatiku.
“Honey, hubby rasakan hidup hubby dah sempurna. Masa memiliki honey, hubby rasa lengkap. Honey sentiasa menutup kekurangan hubby dengan klebihan honey.” Kata Nazmi. Cepat betul dia membiasakan diri dengan panggilan itu.
“Nabila pon rasa cam tu.”
“apa la dia ni… kata nak panggil hubby and honey” usik Nazmi. Aku mencubitnya.
“adoi…lebam ar… meh cni nak bagi dia rasa lak” lantas Nazmi menucup bibirku. Kemudian dia ketawa gembira.
Ya Allah…terima kasih atas pinjaman cinta, kasih dan sayang-Mu ini. Kekalkan kebahagiaan ini sehingga hujung nyawa kami, Ya Rahman, Ya Rahim. Amin… doa Nazmi dan Nabila dalam hati.