Wednesday

KATA ORANG

orang kata "kalau nak cari pasangan hidup, carilah orang yg sayang kita lebih dr kita syg kn dia" lantas aku terfikir, ~~~>> ye ke dia akan syg kita lebih sampai bila2? ~~~>> bila kita dh pilih dia bukan sbb kita pun dh syg kat dia ke? dah kalau kena tinggal x ke tetap rasa sakit?ke xsakit sebab tak sayang sangat? kalau aku dah nama pun sayang, andai dikhianati,ditinggalkan pasti akan terasa sakitnya...sedalam mana tu bukan atas dasar berapa dalam syg kita pd dia tp mcm mana kita ambil benda tu...makna kata lain...depend mcm mana kita berfikir..kalau kita waras n sentiasa positif maka benda ni takkan jadi sangat sakit.tp walau kita syg dia sipi2 pun, kalau dah nama sayang bila pasangan buat hal mesti akan sakit...kalau dah fikiran negatif,walaupun sipi,mesti akan sgt marah n sgt benci.

Tuesday

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

AKIBAT TAK BERGAUL

bukan tak nak bergaul tapi dah sememangnya aku tak reti nak mulakan...

sejak pindah kat JB ni, aku makin kurang bercakap.lebih banyak menaip dari bercakap. risau gak aku kalo kena delusion. dah aku bercakap dengan diri aku sendiri. aku menaip macam2 dalam blog, projek aku n fb.

aku bercakap pun bila mak telefon tu pun mak yg banyak bercakap. aku dengar je n bg respond sikit2 je. yg tahu, tahu lah..aku memang kurang skill bercakap dalam telefon.

walaupun aku tak bergaul dengan jiran2 tetangga kat rumah, tapi aku masih bercakap dengan mak, adik, olet n nurul. kadang2 budak2 opis call nak minta tlg, aku datang office,semabang kejap. kang dah siap keje lepak kat opis,sembang..

kat sini aku dengan nurul je.nak kenal dengan orang sebelah, aku tak pernah jumpa diorang. rumah sebelah pagar tinggal lubang2 kecik je. dia naikkan pagar tembok. yang sebelah lagi, tengok selipar banyak. macam ada budak.tp tak pernah nampak dorg.

nurul pukul 7.30am dh keluar g opis. dia balik kat kol 7.00pm. kadang2 kat pukul 8.00pm baru dia sampai rumah. lepas makan dia sibuk dengan 'adam hawa' dia. pastu dgn FB-an dia. pukul 9.00-10.00pm dia dah tidur. dah bila masa nak bersembang?

keje?aku bukan tak nak kerja tapi aku dah makin takut. hilang self-confident tuk semua tu...aku hilang diri aku yang dulu. aku sebenarnya takut nak pergi interview.



Thursday

PAKSA SUKA

inilah kisah aku yang terbaru...
adik aku dapat kerja dekat Johor..
dan sebagai penganggur, aku ditugaskan untuk teman dia disana...

ohho...johor..JB - Pontian...
aku memang suka nak duk JB...mmg pernah berangan pun nk duk sana...
tp semenjak duduk kat JB seminggu, aku padam hasrat tu...ternyata, Selangor lbh menarik...
padam yang tak berapa nak padam...
bila dtg time berangan, berangan JB gak...

tp bila peluang dtg, aku jadi tak nak terima...
aku terpaksa...
banyak lagi urusan aku belum selesai...

sebenarnya aku suka dpt duk sana...
aku sgt berat hati nk tinggalkan mak aku...
aku janji bkn nk jaga nurul tp mak...
dah kalo aku kat sana..
mak kat sini...kn macam memungkiri janji...
tp yang ye nye...aku risaukan mak nanti duduk sorg.
nanti mak penat bila selalu kena ikut akak aku.
mak aku bukan larat sangat sebenarnya...
tp selalu tersenyum utk tgk anak2nya senyum...

arh!! tekanan..