aku pernah berdoa...
"Ya Allah, bantu ibuku, ceriakan hidupnya, luaskan rezekinya dan bahagiakan hatinya"
namun, apa yang terjadi?
ibuku makin susah hati. wangnya makin surut. apa yang ditinggalkan abah seakan bebanan untuknya makin lama. aku susah hati. aku berdoa makin bersungguh. aku susah hati dengan apa yang terjadi pada ibuku. Allahu rabbi..
kenapa ibuku makin murung. aku selalu nampaknya termenung. aku selalu nampak dia cuba senyum untuk anak-anaknya.aku yang selalu bersamanya maka aku kenal mana senyuman yang ceria dan mana senyuman yang sembunyikan duka.
aku cuba untuk membantu. aku buat bersungguh-sungguh apa saja yang boleh mendatangkan wang walaupun tak banyak. maklum saja, aku tidak bekerja. aku berdoa agar Allah kembalikan keceriaan diwajah ibuku. luaskan rezekinya. bahagiakan hatinya. tak putus-putus doaku.
tapi makin hari, ibu ku makin kesempitan wang. ditambah dengan masalah kewangan syarikat yang memerlukan ibuku mengeluarkan semua wang ASB nya. Fix Depositnya yang sempat abah buat juga terpaksa dikeluarkan. kami adik beradik minta mak agar pergi minta wang pada orang yang berhutang dengan abah tapi mak kata:
"biarkan... kita tak tahu kesulitan orang. kalau dia masih ingat yang mama masih membela anak-anak yatim, pasti dia tahu apa akibatnya. kalau dia sedar yang mama ada anak perempuan yang masih dibawah tanggungjawab mama, dia mesti tahu apa kesudahannya."
Allah, tabahkan dan kuatkan hati ibuku. cekalkan hatinya.teguhkan imannya.
bila hidup kami sekeluarga makin diuji dengan masalah kewangan, aku berhenti berdoa untuk rezeki ibuku. kejam? aku tahu Allah tak kejam padaku. aku yang kejam pada ibuku kerana berhenti mendoakan dia. aku bukan putus harap pada Allah tapi aku rasa mungkin aku jahat sehingga doaku Allah terbalikkan.
puas aku fikir. dimana salahku?terlalu banyak. dimana masalahnya? terlalu banyak tapi aku tak jumpa mana yang menjadi punca semua ini berlaku..
sehingga suatu saat aku terfikir. Allah pasti akan mengantikan sesuatu yang terindah untuk ibuku. walaupun ibuku diuji dengan rezekinya namun anak2nya sentiasa bersama. tak pernah anak-anaknya melupakannya. walau jauh tidak pernah sehari pun anaknya lupa untuk bertanya khabar. ajak saja kemana.pasti anak2nya ikutkan.bukankah itu anugerah terhebat dalam hidup seorang ibu? dan aku sebagai anak sangat bersyukur punya ibu yang kuat, tabah dan sentiasa ada untuk aku dan kakak dan adik2ku.
Allah, maafkan aku. aku lalai untuk bersyukur. aku mempertikaikan apa yang telah engkau berikan kepadaku. Allah ya Allah. terima kasih menyedarkan akan hakikat sebuah kehidupan. setiap kesakitan pasti ada kebahagiaan.