Wednesday

BACAlah laGI...

orang ramai tak faham...
tapi tak apa...
aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa...

bila aku mula terima hakikat aku hilang abah selamanya aku rasa hidup aku macam
"Apa lagi yea?"
korang tak faham. aku dari kecil abah yang tentukan apa aku kena buat.
abah suruh buat apa pun aku buat.
abah suruh belajar betul2.. aku belajar betul2..
bila abah kata selalu tanya cikgu bila tak faham, aku buat sampai kadang2 bergaduh dengan cikgu/pensyarah sebab tak dapat apa yang cuba dorang sampaikan.
abah kata masuk sekolah agama.. aku follow je walaupun tak nak sebab kena duduk asrama.
tapi bila dah masuk tingkatan 4, aku protest untuk tidak sekolah kat situ sebab aku tak nak duduk asrama.
sebab. warden cakap
"Mak bapa kamu hantar kamu duduk asrama sebab tak larat nak layan perangai keras kepala kamu. tak mampu nak didik kamu"
Perh... mak abah aku tak macam tu.
lepas SPM abah kata duduk opis. aku duduk opis walaupun hati nak kerja macam kengkawan. kat KFC, McDonald, Kilang etc..
dapat tawaran UiTM Arau, abah suruh masuk aku masuk walaupun aku paling tak suka masuk Universiti. masa tu, aku memang tak nak sambung belajat. kalo pun nak, aku nak sambung belajar kat kolej. bukan berlagak kaya tapi kolej lebih competitive dan sangat membantu masa urusan kerja.
abis diploma, abah suruh aku sambng belajar sambil tolong dia apa yang patut kat opis. aku. ok je...
bila abis belajar degree, abah mula sakit2 n selalu masuk hospital. abah kata, datang hospital pepagi. baik. aku datang sampai malam baru aku balik. bukan buat apa pun.. siap bawa laptop main game.

tapi di akhir hayat abah, aku gaduh dengan abah. bukan gaduh pun sebenarnya...
abah tanya pendapat dan aku hanya jawab
"Suka hati"
dan itu menjadi titip permulaan aku jauh dari abah.
betul2 pada 1 Ramadhan... dan abah meninggal pada 3 Syawal. korang rasa apa aku rasa?
DERHAKA.

So, bila aku tengok keadaan mama yang asyik termenung, menangis tiba2. aku jadi berat hati nak ke opis... pukul 10-11 baru aku sampai opis. kang kol 4, aku balik rumah. kerja aku mcm tak ada hati nak buat tapi terpaksa buat. terpaksa gaduh dengan kakak aku... bila ada kerja yg besar, aku datang balik opis bila dah ada orang kat rumah. hidup separuh hati...

hujung tahun, aku decide untuk tidak lagi bekerja setelah berbalah dengan adik... dari situ aku hiidup as a "Penanam anggur yang berjaya"

setahun orang bebel kat aku sebab aku tak nak masuk opis. kemudian setahun lagi ornag duduk bebel aku tak cari kerja. setahun ini pula, orang sibuk carikan kerja untuk aku. tapi syukur, aku nak berubah jadi lebih baik dengan perniagaan. aku jumpa kawan2 yang sentiasa ingin maju dengan berniaga. aku jumpa kawan yang sanggup tunjuk jalan untuk aku berjaya. semuanya kerja Allah. Allah ketemukan aku dengan dia. dan Allah rapatkan hubungan aku dengan mama. sekarang, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Rasul dan mama. kalau dulu.. abah, abah, abah dan abah. sekarang mama, mama dan mama...

gaduh2 ngan mama. gurau2 ngn mama. kalo aku terasa nak marah pun aku marah ngn mama... hahaha...
mama abis tinggi pun tarik muka. nanti aku cakap je lah...

"Eleh, cakap sikit pun nak tarik muka. meh sini tengok muka mama tu. boleh dapat pahala"
hahaha... nanti mama senyum lah... senangkan nak pikat hati seorang ibu...