Thursday

Terperap



Bukan macam lawak tapi memang lawak.

Aku control hidup aku?
Aku dah rasa macam kereta mainan
Remote controllernya dipegang oleh orang lain.

Tapi perasaan ini buat aku sedar.

Why Allah kata aku begini?
Walau usaha dan doa aku lebih dari 100% pun
Aku still macam ni.

Sebab kalau aku ada kesenangan kewangan
Sudah lama aku lari dari dikawal.

Aku tak suka dikawal
Tapi hakikatnya orang yang mengawal aku tak sedr yang mereka sedang mengawal aku.

Tak faham?

Aku tak suruh korang faham.
Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa.

Aku nak lari jauh.
Aku nak control hidup aku sendiri.
Tapi aku tak ada kekuatan.
Bukan kekuatan dalaman tapi kewangan.

Aku sedar satu perkara.
Once aku keluar dari kawasan ini
Pulang mungkin sekali.
Itu pun kalau aku lupa
Seksanya hidup bila hidup kau orang yang tentukan.

Aku terikat dengan mama
Bila adik beradik aku semua sibuk dengan urusan masing-masing
Walaupun dah 10x aku bagitau dorang yang aku ada hal aku
Dorang akan cari cara untuk aku stay dan dorang kelaur.
Dengan sokongan kuat dari mama.
Akhirnya,
Aku terpaksa terperap dalam rumah.

Aku tak boleh pergi mana-mana tanpa mama.
Mama pula tak suka nak ikut aku kemana-mana.
Jadi, aku kena kurung didalam rumah.
Nak keluar kena dengan mama.
Mama tak nak keluar, aku tak boleh keluar
Unless aku rasa syurga tu tak ada nilai.

Mak aku marah tak macam mak korang yang bising.
Mak aku marah dia pendam. Dia simpan.
Tau2 hidup kau rasa tak berkat
Rezeki kau rasa jauh.
Bila kau tanya dia.
Jawapan dia, diam.
Jadi baik kau ikut saja apa yang dia cakap.
Jangan lawan jangan membangkang.

Aku dah rasa macam nak naik gila dah ni.
Duduk terperap dalam rumah
Kalau keluar pun tak bebas.
Drive kereta pun rasa stress.

Ada yang cadang agar aku kawen.
Yang orang tu tak tahu.
Perkara ni buat aku tak nak kawen.
Ia umpama keluar mulut buaya masuk mulut naga

No.
Kadang datang otak jahat aku.

Aku kalau nak bebas 
Kena tunggu mama mati.
Nauzubillah. Astagfirullah. Anak derhaka aku ni.

Ala... Hakikatnya aku memang anak derhaka.
Dah alang2 derhaka tu
Teruskan derhaka.

Jahat betul syaitan menghasut aku untuk fikir yang bukan2

Aku sayang mama
Aku sayang adik-beradik aku
Tak kisahlah dorang peralatkan aku ke apa ke.

Aku tetap sayang dorang semua.






Wednesday

BACAlah laGI...

orang ramai tak faham...
tapi tak apa...
aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa...

bila aku mula terima hakikat aku hilang abah selamanya aku rasa hidup aku macam
"Apa lagi yea?"
korang tak faham. aku dari kecil abah yang tentukan apa aku kena buat.
abah suruh buat apa pun aku buat.
abah suruh belajar betul2.. aku belajar betul2..
bila abah kata selalu tanya cikgu bila tak faham, aku buat sampai kadang2 bergaduh dengan cikgu/pensyarah sebab tak dapat apa yang cuba dorang sampaikan.
abah kata masuk sekolah agama.. aku follow je walaupun tak nak sebab kena duduk asrama.
tapi bila dah masuk tingkatan 4, aku protest untuk tidak sekolah kat situ sebab aku tak nak duduk asrama.
sebab. warden cakap
"Mak bapa kamu hantar kamu duduk asrama sebab tak larat nak layan perangai keras kepala kamu. tak mampu nak didik kamu"
Perh... mak abah aku tak macam tu.
lepas SPM abah kata duduk opis. aku duduk opis walaupun hati nak kerja macam kengkawan. kat KFC, McDonald, Kilang etc..
dapat tawaran UiTM Arau, abah suruh masuk aku masuk walaupun aku paling tak suka masuk Universiti. masa tu, aku memang tak nak sambung belajat. kalo pun nak, aku nak sambung belajar kat kolej. bukan berlagak kaya tapi kolej lebih competitive dan sangat membantu masa urusan kerja.
abis diploma, abah suruh aku sambng belajar sambil tolong dia apa yang patut kat opis. aku. ok je...
bila abis belajar degree, abah mula sakit2 n selalu masuk hospital. abah kata, datang hospital pepagi. baik. aku datang sampai malam baru aku balik. bukan buat apa pun.. siap bawa laptop main game.

tapi di akhir hayat abah, aku gaduh dengan abah. bukan gaduh pun sebenarnya...
abah tanya pendapat dan aku hanya jawab
"Suka hati"
dan itu menjadi titip permulaan aku jauh dari abah.
betul2 pada 1 Ramadhan... dan abah meninggal pada 3 Syawal. korang rasa apa aku rasa?
DERHAKA.

So, bila aku tengok keadaan mama yang asyik termenung, menangis tiba2. aku jadi berat hati nak ke opis... pukul 10-11 baru aku sampai opis. kang kol 4, aku balik rumah. kerja aku mcm tak ada hati nak buat tapi terpaksa buat. terpaksa gaduh dengan kakak aku... bila ada kerja yg besar, aku datang balik opis bila dah ada orang kat rumah. hidup separuh hati...

hujung tahun, aku decide untuk tidak lagi bekerja setelah berbalah dengan adik... dari situ aku hiidup as a "Penanam anggur yang berjaya"

setahun orang bebel kat aku sebab aku tak nak masuk opis. kemudian setahun lagi ornag duduk bebel aku tak cari kerja. setahun ini pula, orang sibuk carikan kerja untuk aku. tapi syukur, aku nak berubah jadi lebih baik dengan perniagaan. aku jumpa kawan2 yang sentiasa ingin maju dengan berniaga. aku jumpa kawan yang sanggup tunjuk jalan untuk aku berjaya. semuanya kerja Allah. Allah ketemukan aku dengan dia. dan Allah rapatkan hubungan aku dengan mama. sekarang, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Rasul dan mama. kalau dulu.. abah, abah, abah dan abah. sekarang mama, mama dan mama...

gaduh2 ngan mama. gurau2 ngn mama. kalo aku terasa nak marah pun aku marah ngn mama... hahaha...
mama abis tinggi pun tarik muka. nanti aku cakap je lah...

"Eleh, cakap sikit pun nak tarik muka. meh sini tengok muka mama tu. boleh dapat pahala"
hahaha... nanti mama senyum lah... senangkan nak pikat hati seorang ibu...

Monday

Doa dan Usaha

"Dr Azizan cakap macam mana pun doa tu yang pertama. kalau usaha tanpa doa pun tak boleh. kita usaha. Allah yang tentukan. so kita doa je lah. kena..."

"Tak abis kursus lagi. ok2.. ktorg dengar" Ayat sarkastic.

sakit hatikan?
aku dah biasa. dah fragile dah.tapi usaha untuk bagitahu family aku yang Doa paling utama bukan Usaha. usaha letak no 2 untuk berjaya. 
maklum saja. mind set dah ditanam dari kecik. Usaha tangga kejayaan. tak usaha tak berjaya. itu x salah. yang salah bila usaha lebih banyak dari doa.

In fact, dalam susun atur duit pun.
D = Doa.
U = Usaha
I = Istiqamah (konsisten)
T = Tawakal.

berapa banyak pergantungan pada Allah berbanding Usaha?
99%. 1% adalah usaha.

aku bukan maksud usaha sikit doa je. bukan macam tu.

kau usaha. doa minta tambah rezeki. bila dah tambah rezeki bermakna tambah usaha lagi dan terus istiqamah antara usaha dan doa dan yakin Allah pasti ada untuk membantu.

bersangka baik pada Allah. 

orang luar lebih senang nak faham dan terima. bila cakap dengan family aku?
sabar. Allah memang beri aku kesabaran. sebab mama pun selalu cakap. 

"Miza orang yang penyabar. sabar n tenang saja"

arwah abah pun cakap...

"Miza tu jenis orang yang relax n cool"

doa mama ngn abah tu kan?

"setiap apa yang kita sangka, fikir, cakap dan buat. semua tu doa" DAO

so, inilah aku. tapi sekali meletop? sakit hati semua org berzaman.

Allah, kurnia kesedaran pada keluargaku pentingnya Kau, ya Allah. Ya rabbi. mereka bukan ingkar suruhan-Mu tapi mereka lebih terpengaruh dengan Usaha dulu doa kemudian. dan tanpa usaha untuk apa berdoa.

Sunday

HATI

"kerana aku sudah berjanji.
dia cintaku yang terakhir" - awie_dipenjara janji

Arh, promise means to be broken kan...
who cares.
but i care.
ok.. macam ni... xpayah nak serabut.
tak payah nak fikir.
just be natural.

tangan,
sila bergerak mengikut kata hati.
aku nak menulis sebuah kata pujangga
yang sedang asyik dilambung bayu...



no title

hati ini mula dijentik suka
melihat dia yang indah dimata
yang mendamaikan dan menyenangkan
dengan lembut butir bicara

hati mula tertawan
minda minta ditawan
namun kewarasan masih dikawal
menanti esok tanpa kawalan

hati mula suka
minda menunjuk minat
kewarasan menghadkan pergerakan
dari menjadi bahan umpatan

sedar diri kenali potensi
bukan aku orang dinanti
sebelum rasa berkembang dihati
eloklah aku mengundurkan diri
mencari Dia Rabbul Izati.

Friday

DOA

aku pernah berdoa...

"Ya Allah, bantu ibuku, ceriakan hidupnya, luaskan rezekinya dan bahagiakan hatinya"

 namun, apa yang terjadi?
ibuku makin susah hati. wangnya makin surut. apa yang ditinggalkan abah seakan bebanan untuknya makin lama. aku susah hati. aku berdoa makin bersungguh. aku susah hati dengan apa yang terjadi pada ibuku. Allahu rabbi..

kenapa ibuku makin murung. aku selalu nampaknya termenung. aku selalu nampak dia cuba senyum untuk anak-anaknya.aku yang selalu bersamanya maka aku kenal mana senyuman yang ceria dan mana senyuman yang sembunyikan duka.

aku cuba untuk membantu. aku buat bersungguh-sungguh apa saja yang boleh mendatangkan wang walaupun tak banyak. maklum saja, aku tidak bekerja. aku berdoa agar Allah kembalikan keceriaan diwajah ibuku. luaskan rezekinya. bahagiakan hatinya. tak putus-putus doaku.
tapi makin hari, ibu ku makin kesempitan wang. ditambah dengan masalah kewangan syarikat yang memerlukan ibuku mengeluarkan semua wang ASB nya. Fix Depositnya yang sempat abah buat juga terpaksa dikeluarkan. kami adik beradik minta mak agar pergi minta wang pada orang yang berhutang dengan abah tapi mak kata:

"biarkan... kita tak tahu kesulitan orang. kalau dia masih ingat yang mama masih membela anak-anak yatim, pasti dia tahu apa akibatnya. kalau dia sedar yang mama ada anak perempuan yang masih dibawah tanggungjawab mama, dia mesti tahu apa kesudahannya."

Allah, tabahkan dan kuatkan hati ibuku. cekalkan hatinya.teguhkan imannya.

bila hidup kami sekeluarga makin diuji dengan masalah kewangan, aku berhenti berdoa untuk rezeki ibuku. kejam? aku tahu Allah tak kejam padaku. aku yang kejam pada ibuku kerana berhenti mendoakan dia. aku bukan putus harap pada Allah tapi aku rasa mungkin aku jahat sehingga doaku Allah terbalikkan.

puas aku fikir. dimana salahku?terlalu banyak. dimana masalahnya? terlalu banyak tapi aku tak jumpa mana yang menjadi punca semua ini berlaku..

sehingga suatu saat aku terfikir. Allah pasti akan mengantikan sesuatu yang terindah untuk ibuku. walaupun ibuku diuji dengan rezekinya namun anak2nya sentiasa bersama. tak pernah anak-anaknya melupakannya. walau jauh tidak pernah sehari pun anaknya lupa untuk bertanya khabar. ajak saja kemana.pasti anak2nya ikutkan.bukankah itu anugerah terhebat dalam hidup seorang ibu? dan aku sebagai anak sangat bersyukur punya ibu yang kuat, tabah dan sentiasa ada untuk aku dan kakak dan adik2ku.

Allah, maafkan aku. aku lalai untuk bersyukur. aku mempertikaikan apa yang telah engkau berikan kepadaku. Allah ya Allah. terima kasih menyedarkan akan hakikat sebuah kehidupan. setiap kesakitan pasti ada kebahagiaan.

susahnya nak faham

sememangnya aku sedar dan tahu bahawa hidup berumahtangga bukan sesuatu yang mudah dan bukan juga membebankan..

as aku yg belum kawen, melihat persekitaranku membuatkan aku makin runsing dan semestinya makin takut untuk menghadapi segala kemungkinan hidup aku kelak bila sudah berumahtangga.

kadang2 kita lihat sesebuah keluarga itu penuh dengan masalah. dari segi kewangan, sosial, anak2 huru hara tp ibu bapa masih mengekalkan hubungan suami isteri tersebut.ada isteri yang sampai tak terfikir dalamnya dan lumatnya hatinya dicarik namun masih setia dengan hubungan suami isteri itu.nak kata sebab anak2?ada kes, suaminya tak pernah bagi nafkah pada anak2 dan isteri.balik pun jarang2.sebulan skali pun blm tentu.maka, mana dtg alasan bertahan sbb ank2?

ada gak kes yg isteri tanggung suami dan layan suami. suami duk umah tidur. yang paling sedih. suami pengguna dadah tegar. kerja x. duit minta kat isteri tuk beli ganja, dadah etc. entah kenapa masih lagi si isteri ingin pertahankan suami. masih memperjudikan nasib. kalau sekadar mengisap dadah seorang x mengapa. untuk dijangkiti HIV and AIDS sangat tipis. ini rumahnya digunakan sbg tempat utk melepaskan ketagihan bersama rakan2nya bila si isteri tiada. sedih aku tgk. andai aku ditempat itu, mungkin sudah lama aku berpisah. adukan pada pejabat agama dan minta fasakh kerana ini membahayakan aku dan diri aku dan kalau ada anak2, anak2 juga.

aku masih boleh terima house husband. atleast membantu isteri dalam kerja2 dirumah. walaupun dipandang hina oleh masyarakat tapi selalunya yang jadi house husband ni bukan duduk saja dirumah tanpa mencari nafkah. sekarang bukan hanya kerja dipejabat or membanting tulang boleh dapat duit. duduk dirumah pun boleh dapat pulangan kewangan. in fact kadang2 lebih banyak dari orang yg bertungkus lumus kerja diluar.

sememangnya hati seorang isteri sukar nak faham. untuk aku faham, aku kena lalui. namun persoalannya...
MAMPUKAH AKU LALUI KEHIDUPAN YANG MENCABAR ITU?
aku tiada jawapan namun aku selalu berdoa agar kehidupan aku akan sentiasa lancar dan penuh kebahagiaan.