Friday

susahnya nak faham

sememangnya aku sedar dan tahu bahawa hidup berumahtangga bukan sesuatu yang mudah dan bukan juga membebankan..

as aku yg belum kawen, melihat persekitaranku membuatkan aku makin runsing dan semestinya makin takut untuk menghadapi segala kemungkinan hidup aku kelak bila sudah berumahtangga.

kadang2 kita lihat sesebuah keluarga itu penuh dengan masalah. dari segi kewangan, sosial, anak2 huru hara tp ibu bapa masih mengekalkan hubungan suami isteri tersebut.ada isteri yang sampai tak terfikir dalamnya dan lumatnya hatinya dicarik namun masih setia dengan hubungan suami isteri itu.nak kata sebab anak2?ada kes, suaminya tak pernah bagi nafkah pada anak2 dan isteri.balik pun jarang2.sebulan skali pun blm tentu.maka, mana dtg alasan bertahan sbb ank2?

ada gak kes yg isteri tanggung suami dan layan suami. suami duk umah tidur. yang paling sedih. suami pengguna dadah tegar. kerja x. duit minta kat isteri tuk beli ganja, dadah etc. entah kenapa masih lagi si isteri ingin pertahankan suami. masih memperjudikan nasib. kalau sekadar mengisap dadah seorang x mengapa. untuk dijangkiti HIV and AIDS sangat tipis. ini rumahnya digunakan sbg tempat utk melepaskan ketagihan bersama rakan2nya bila si isteri tiada. sedih aku tgk. andai aku ditempat itu, mungkin sudah lama aku berpisah. adukan pada pejabat agama dan minta fasakh kerana ini membahayakan aku dan diri aku dan kalau ada anak2, anak2 juga.

aku masih boleh terima house husband. atleast membantu isteri dalam kerja2 dirumah. walaupun dipandang hina oleh masyarakat tapi selalunya yang jadi house husband ni bukan duduk saja dirumah tanpa mencari nafkah. sekarang bukan hanya kerja dipejabat or membanting tulang boleh dapat duit. duduk dirumah pun boleh dapat pulangan kewangan. in fact kadang2 lebih banyak dari orang yg bertungkus lumus kerja diluar.

sememangnya hati seorang isteri sukar nak faham. untuk aku faham, aku kena lalui. namun persoalannya...
MAMPUKAH AKU LALUI KEHIDUPAN YANG MENCABAR ITU?
aku tiada jawapan namun aku selalu berdoa agar kehidupan aku akan sentiasa lancar dan penuh kebahagiaan.

No comments: