Monday
aku ni...
ke sbb aku xde hati?
agaknya 2 2 aku xde kot...tu sbb org xkisah je aku py perasaan n hati...
xpe la..nk buat cm ner...rela kan je la...dh nasbi aku dan aku pun xnk ubat sbb aku xnk org yg aku syg pula terluka...
biarkan aku sorg je terluka..lukai aku...
Sunday
PRU-13 result..PAS
aku teringat kata2 seorang sahabat seorang penyokong PAS kata untuk negara Msia mengamalkan prinsip HUDUD melalui PAS, TG Nik Aziz perlu bersara dan Hj Hadi Awang duk umah jaga cucu. naikkan ustaz Kazim Elias dgn Ustaz Nasaruddin...se seriusnya aku kenal ustaz kazim je..xknl ust nasaruddin..tu pun sbb ustaz kazim ada rancangan "kalau dah jodoh"hihi...
tp pendapat aku secara peribadi..untuk laksana hukum HUDUD, ekonomi kena pegang dulu...akhlak, peribadi dan segalanya mesti la diperbaiki.hubungan dgn Allah, manusia dan alam mesti sentiasa dipelihara dan ditambahbaik...baru boleh pergi...buat masa ni..kita masih blm sedia..
PRU-13 - provoke
provoke yg mengakibatkan sesama Melayu bergaduh...siapa yg bodoh?
ini pemerhatian aku dalam video ni...
flashmob yg dilakukan oleh PR tu strategi tuk meraih undi dr rakyat Malaysia...walaupun hakikatnya aku x setuju dengan cara ni yg mengakibatkan pencemaran bunyi tp aku hormat sbb ini negara demokrasi.. namun, aku pinta pada muslimah, xpayah nk sibuk sama disitu..x manis pada pandangan aku dan org2 yg sygkan imej muslimah tu...jaga malu anda.itu tuntutan agama.
PR sepatutnya hormat dgn penyokong2 BN...mereka pun nk berarak untuk meraih undi utk mereka juga... anda berada di jalan utama..so, bila penyokong2 BN lalu sepatutnya anda beri laluan. jangan cuba dekati mereka. dgn halang perjalanan mereka.
masalah berlaku bila anda cuba provoke mereka.. "JALAN LAH" tu masih bley terima. standard bila kata mengata mcm tu..tp bila jalan mereka korg halang..korg kerumun mereka. bila di beri amaran "JANGAN KURANG AJAR" dtg pula sorg mat botak ni pergi tolak motor tu...memang la dia tak jatuh..tp korg kena tau...org2 BN tu mat2 motor..so motor tu lbh berharga dr nyawa dorg..tau x?? bila motor dh jatuh umpama jatuhlah maruah dorg...kwn2 pula nampak..kalo org2 PR lah yg motor kena tolak tu xkan x nak backup kawan kan?
so, tak payah nk kata BN yg salah. korg yg cari masalah. memang dorg yg mula pukul tp sebab korg yg mulakan naik angin...tp kalo aku jd mamat yg motor kena sepak tu..aku hempok smpai mati mat botak tu...
Thursday
PRU-13 - kaca mata aku...
- hapus PTPTN... yg ni aku setuju tuk kepentingan aku yg xlangsai2 lagi hutang PTPTN.. maklum ar..bayar pun cam xnk surut je hutang.smpai naik nyampah aku tengok statement.. namun, aku pun fikir balik. walaupun bg pendidikan percuma, aku ase duit PTPTN aku tu byk guna tuk belanja harian.beli buku dan yg pasti lg terbukti, duit tu la yg menanggung aku yg sedang mengganggur ni.
- turun harga KERETA... ada aku kisah? aku sendiri dah ada kereta.apa nak fikir lagi...so kena fikir pada perspective org yg blm py kemampuan berkereta.ok..releven..bgs turun harga kereta.tapi kalo fikir dalam konteks lain.kebanjiran kenderaan di atas jalan raya. sekarang pun kaw bandar yg x metro pun dah jem sbb kereta byk.bygkan kalau kereta dah murah.berapa byk lg yg nak dilonggokkan diatas jalan. maklum la...kereta dah murah.harga PETROL pn turun.xkan nk leceh naik public transport kan?erm...so kena lebarkan jalan.besarkan lg jalan.kena buat byk lg jambatan.maka mana lg tanah yg nak kena tarah demi menjaga kepentingan manusia?makin sikitlah tanah2 tuk memelihara alam sekitar.maka akan berlakunya banjir kilat sana sini harga sebuah pembangunan..
- xyah turunkan harga kereta la...kalo perasan kat jalanraya ni dh berlambak kereta2 import.paling common kereta jenama TOYOTA sampai dah rasa toyota tu msian product je...
- hapus TOL..terima kasih kalo btl2 mampu buat sekurang2nya sama mcm yg ada sekarang.maksud aku, keadaan jalanraya. yg ni aku pun setuju.xde byk soklan.cuma jgn sbb nk bg tol free smpai abis dana negara dah ar... aku takut nak ambil alih bg kat koncu2 je projek baik pulih...time tu xde sapa pun tau melainkan yg terlibat.
- permit TEKSI dikeluarkan lebih byk kepada individu...mmg gila..sekarang pun dah ramai sgt pemandu teksi yg duk tersadai kat tepi jalan tunggu pelanggan.nnt bila dah org ramai pakai kereta sbb harga kereta dah murah, sapa lg yg nk naik teksi?time tu mmg bertambah lumpuh la pemandu teksi.xpe.tu rezeki masing2...Allah dah tetapkan.tak baik aku persoalkan.astagfirullahalazim...minta maaf..
- caj AIR dan ELEKTRIK lebih rendah...byk2 terima kasih...ini yg antara paling aku suka.kurang sikit bebanan bulanan..lantak la macam mana nk buat..asalkan masih bekalkan air terawat jgn dia bg air pam dari tanah dh ar...mn dorg nk dpt sumber tuk cover kos tu dorg pk ar sendiri.dorg pemimpin aku plak nk dpt faedah je.
- hapus AES pun aku setuju...ini benda yg paling aku benci kot kerajaan buat..lain ar kalo buat AES dan hapuskan speed trap..ini dgn AES dgn speed trap.bosan btl...tp kalo speed trap hapus bila naik AES aku setuju.bkn apa...sah2 AES tu melekat kat situ je...dh sah2 tau dia kat situ.so smpai situ, bley ar slow.speed trap ni parah kalo xde org nk tlg bg lampu terutama sekarang ni dorg tangkap no plat dr belakang dan dorg pakai baju kaler hitam.mmg selalu xbley nak perasan.
Wednesday
PRU-13...tanggapan aku...
hati aku pun rasa PR yg akan menang...
bila PR mng...sapa yg naik jd PM? Anuar Ibrahim aka DSAI.
sapa dibelakang DSAI? DAP= Lim Guan Eng.
so korg rasa sebenarnya sapa yg memerintah negara? DSAI or LGE?
berani ke DSAI nk lwn LGE sedangkan terbentuknya PR sbb DSAI x yakin yg dia bley menang hanya dengan PKR.so dia panggil DAP ngn PAS tuk bergabung..
so pada korg apa tanggapan aku?
ye...btl...aku beranggapan mereka bergabung untuk kepentingan masing2..
DAP tau dia xkan bley jd PM sbb ini tanah melayu dan pemimpin melayu lbh diikhtiraf..
PAS tau dorg xbley nk kuasai Msia sbb Msia rakyat berbilang bangsa...utk membuatkan aliran politik dorg diterima semua, bergabung dgn PKR dan DAP adalah langkah sewajarnya utk jd PM.
PKR berjuang demi utk keadilan mereka2 yg telah disisihkan dalam parti UMNO dan BN.so pembentukan parti berasaskan kepada kepentingan peribadi perlu digabung dengan parti pembangkang lain utk jadi lebih kuat dan lebih cepat utk jd PM.
ini negara demokrasi...suka hati aku nak taip apa pun...xsuka xpayah baca...
PRU-13 - spek mata aku yg nk mengundi.
sebenarnya aku risaukan konsep negara kebajikan yg ingin dilakukan oleh pemimpin PR...dilawan oleh pemimpin BN yg terpaksa membuat menifesto balas untuk meraih undi dr rakyat supaya masih diberi mandat untuk mentadbir negara. hakikatnya, harga barang makin turun yg dijanjikan tp boleh bg jaminan cukai diturunkan?harga insuran turun?perkhidmatan awam lebih baik? dan lain2 lg yg akan datang isu2 seterusnya hasil dari tindakan menifesto? jangan nanti dah macam2 isu naik, pihak yg berjanji memutarkan kata2 seperti apa yg berlaku diselangor.
aku bkn penyokong BN namun aku pasti takkan pangkah PKR, PAS dan apatah lagi DAP.
DAP dengan isu perkauman. jelas, terang dan nyata orang2 melayu ditindas di Penang. pergi sendiri ke Penang. berapa ramai peniaga Melayu? tengok kehidupan dorg disana.bandingkan dengan pembangunan yg dilakukan DAP.mampukah org Melayu membeli rumah yg baru mereka bina yg mencecah jutaan ringgit? banggunan perniagaan yg mewah.mampu ke org2 melayu menyewa ruang tu semua?bukan sengaja bg pandangan yg berat pada org melayu tp aku sedih.orang melayu yg duk agungkan bangsa lain dan menindas sesama sendiri.
PAS pula aku tak minat bila dorg suka menggunakan ayat seperti mereka ahli syurga dan orang di parti lawan penghuni neraka.
1 perkara tentang PAS dan PKR adalah mereka suka membuka aib orang lain. sebenarnya sama je dengan BN pun...sedangkan 3 parti ni dipimpin oleh manusia yg bergelar muslim dan muslim itu bersaudara..mungkin dorang lupa firman Allah yg menyuruh kita menutup aib saudara sendiri.
so aku nak pilih mana?undi aku pun rahsia juga..hahaha...