Wednesday

PRU-13 - spek mata aku yg nk mengundi.

ramalan aku PRU-13 ni...PR akn menang besar disebabkan oleh rakyat Malaysia yg pentingkan diri sendiri. ternyata menifesto yg diutarakan kedua2 belah parti hanya untuk meraih undi tanpa fikirkan dana dan ekonomi negara.

sebenarnya aku risaukan konsep negara kebajikan yg ingin dilakukan oleh pemimpin PR...dilawan oleh pemimpin BN yg terpaksa membuat menifesto balas untuk meraih undi dr rakyat supaya masih diberi mandat untuk mentadbir negara. hakikatnya, harga barang makin turun yg dijanjikan tp boleh bg jaminan cukai diturunkan?harga insuran turun?perkhidmatan awam lebih baik? dan lain2 lg yg akan datang isu2 seterusnya hasil dari tindakan menifesto? jangan nanti dah macam2 isu naik, pihak yg berjanji memutarkan kata2 seperti apa yg berlaku diselangor.

aku bkn penyokong BN namun aku pasti takkan pangkah PKR, PAS dan apatah lagi DAP.

DAP dengan isu perkauman. jelas, terang dan nyata orang2 melayu ditindas di Penang. pergi sendiri ke Penang. berapa ramai peniaga Melayu? tengok kehidupan dorg disana.bandingkan dengan pembangunan yg dilakukan DAP.mampukah org Melayu membeli rumah yg baru mereka bina yg mencecah jutaan ringgit? banggunan perniagaan yg mewah.mampu ke org2 melayu menyewa ruang tu semua?bukan sengaja bg pandangan yg berat pada org melayu tp aku sedih.orang melayu yg duk agungkan bangsa lain dan menindas sesama sendiri.

PAS pula aku tak minat bila dorg suka menggunakan ayat seperti mereka ahli syurga dan orang di parti lawan penghuni neraka.

1 perkara tentang PAS dan PKR adalah mereka suka membuka aib orang lain. sebenarnya sama je dengan BN pun...sedangkan 3 parti ni dipimpin oleh manusia yg bergelar muslim dan muslim itu bersaudara..mungkin dorang lupa firman Allah yg menyuruh kita menutup aib saudara sendiri.

so aku nak pilih mana?undi aku pun rahsia juga..hahaha...

No comments: