Friday

DOA

aku pernah berdoa...

"Ya Allah, bantu ibuku, ceriakan hidupnya, luaskan rezekinya dan bahagiakan hatinya"

 namun, apa yang terjadi?
ibuku makin susah hati. wangnya makin surut. apa yang ditinggalkan abah seakan bebanan untuknya makin lama. aku susah hati. aku berdoa makin bersungguh. aku susah hati dengan apa yang terjadi pada ibuku. Allahu rabbi..

kenapa ibuku makin murung. aku selalu nampaknya termenung. aku selalu nampak dia cuba senyum untuk anak-anaknya.aku yang selalu bersamanya maka aku kenal mana senyuman yang ceria dan mana senyuman yang sembunyikan duka.

aku cuba untuk membantu. aku buat bersungguh-sungguh apa saja yang boleh mendatangkan wang walaupun tak banyak. maklum saja, aku tidak bekerja. aku berdoa agar Allah kembalikan keceriaan diwajah ibuku. luaskan rezekinya. bahagiakan hatinya. tak putus-putus doaku.
tapi makin hari, ibu ku makin kesempitan wang. ditambah dengan masalah kewangan syarikat yang memerlukan ibuku mengeluarkan semua wang ASB nya. Fix Depositnya yang sempat abah buat juga terpaksa dikeluarkan. kami adik beradik minta mak agar pergi minta wang pada orang yang berhutang dengan abah tapi mak kata:

"biarkan... kita tak tahu kesulitan orang. kalau dia masih ingat yang mama masih membela anak-anak yatim, pasti dia tahu apa akibatnya. kalau dia sedar yang mama ada anak perempuan yang masih dibawah tanggungjawab mama, dia mesti tahu apa kesudahannya."

Allah, tabahkan dan kuatkan hati ibuku. cekalkan hatinya.teguhkan imannya.

bila hidup kami sekeluarga makin diuji dengan masalah kewangan, aku berhenti berdoa untuk rezeki ibuku. kejam? aku tahu Allah tak kejam padaku. aku yang kejam pada ibuku kerana berhenti mendoakan dia. aku bukan putus harap pada Allah tapi aku rasa mungkin aku jahat sehingga doaku Allah terbalikkan.

puas aku fikir. dimana salahku?terlalu banyak. dimana masalahnya? terlalu banyak tapi aku tak jumpa mana yang menjadi punca semua ini berlaku..

sehingga suatu saat aku terfikir. Allah pasti akan mengantikan sesuatu yang terindah untuk ibuku. walaupun ibuku diuji dengan rezekinya namun anak2nya sentiasa bersama. tak pernah anak-anaknya melupakannya. walau jauh tidak pernah sehari pun anaknya lupa untuk bertanya khabar. ajak saja kemana.pasti anak2nya ikutkan.bukankah itu anugerah terhebat dalam hidup seorang ibu? dan aku sebagai anak sangat bersyukur punya ibu yang kuat, tabah dan sentiasa ada untuk aku dan kakak dan adik2ku.

Allah, maafkan aku. aku lalai untuk bersyukur. aku mempertikaikan apa yang telah engkau berikan kepadaku. Allah ya Allah. terima kasih menyedarkan akan hakikat sebuah kehidupan. setiap kesakitan pasti ada kebahagiaan.

susahnya nak faham

sememangnya aku sedar dan tahu bahawa hidup berumahtangga bukan sesuatu yang mudah dan bukan juga membebankan..

as aku yg belum kawen, melihat persekitaranku membuatkan aku makin runsing dan semestinya makin takut untuk menghadapi segala kemungkinan hidup aku kelak bila sudah berumahtangga.

kadang2 kita lihat sesebuah keluarga itu penuh dengan masalah. dari segi kewangan, sosial, anak2 huru hara tp ibu bapa masih mengekalkan hubungan suami isteri tersebut.ada isteri yang sampai tak terfikir dalamnya dan lumatnya hatinya dicarik namun masih setia dengan hubungan suami isteri itu.nak kata sebab anak2?ada kes, suaminya tak pernah bagi nafkah pada anak2 dan isteri.balik pun jarang2.sebulan skali pun blm tentu.maka, mana dtg alasan bertahan sbb ank2?

ada gak kes yg isteri tanggung suami dan layan suami. suami duk umah tidur. yang paling sedih. suami pengguna dadah tegar. kerja x. duit minta kat isteri tuk beli ganja, dadah etc. entah kenapa masih lagi si isteri ingin pertahankan suami. masih memperjudikan nasib. kalau sekadar mengisap dadah seorang x mengapa. untuk dijangkiti HIV and AIDS sangat tipis. ini rumahnya digunakan sbg tempat utk melepaskan ketagihan bersama rakan2nya bila si isteri tiada. sedih aku tgk. andai aku ditempat itu, mungkin sudah lama aku berpisah. adukan pada pejabat agama dan minta fasakh kerana ini membahayakan aku dan diri aku dan kalau ada anak2, anak2 juga.

aku masih boleh terima house husband. atleast membantu isteri dalam kerja2 dirumah. walaupun dipandang hina oleh masyarakat tapi selalunya yang jadi house husband ni bukan duduk saja dirumah tanpa mencari nafkah. sekarang bukan hanya kerja dipejabat or membanting tulang boleh dapat duit. duduk dirumah pun boleh dapat pulangan kewangan. in fact kadang2 lebih banyak dari orang yg bertungkus lumus kerja diluar.

sememangnya hati seorang isteri sukar nak faham. untuk aku faham, aku kena lalui. namun persoalannya...
MAMPUKAH AKU LALUI KEHIDUPAN YANG MENCABAR ITU?
aku tiada jawapan namun aku selalu berdoa agar kehidupan aku akan sentiasa lancar dan penuh kebahagiaan.

Monday

aku ni...

agaknya xde perasaan kot...sbb tu agaknya org nk suka2 main sakitkan hati aku...
ke sbb aku xde hati?
agaknya 2 2 aku xde kot...tu sbb org xkisah je aku py perasaan n hati...
xpe la..nk buat cm ner...rela kan je la...dh nasbi aku dan aku pun xnk ubat sbb aku xnk org yg aku syg pula terluka...
biarkan aku sorg je terluka..lukai aku...

Sunday

PRU-13 result..PAS

Org kata Pas kalah bermaruah..soalan aku.bape byk kerusi pas mng bbanding DAP?xmalu ke ngaku mng bmaruah sdgkan maruah korg dipijak2 oleh DAP? PKR pun xbyk kerusi yg mng..kalo kata PR mng, dgn DAP mng besar,rasanya dorg nk bg ke Melayu yg dorg bodohkan ni jd PM? Islam yg dorg tentang ni terus jd agama rasmi?sedarlah penyokong PAS, DAP hina Islam..pandang hina umat Islam..renung2kan balik. Bertindak lah..betulkan balik niat pemimpin PAS.perjuangan PAS.

aku teringat kata2 seorang sahabat seorang penyokong PAS kata untuk negara Msia mengamalkan prinsip HUDUD melalui PAS, TG Nik Aziz perlu bersara dan Hj Hadi Awang duk umah jaga cucu. naikkan ustaz Kazim Elias dgn Ustaz Nasaruddin...se seriusnya aku kenal ustaz kazim je..xknl ust nasaruddin..tu pun sbb ustaz kazim ada rancangan "kalau dah jodoh"hihi...

tp pendapat aku secara peribadi..untuk laksana hukum HUDUD, ekonomi kena pegang dulu...akhlak, peribadi dan segalanya mesti la diperbaiki.hubungan dgn Allah, manusia dan alam mesti sentiasa dipelihara dan ditambahbaik...baru boleh pergi...buat masa ni..kita masih blm sedia..

PRU-13 - provoke

provoke yg mengakibatkan sesama Melayu bergaduh...siapa yg bodoh?
ini pemerhatian aku dalam video ni...

flashmob yg dilakukan oleh PR tu strategi tuk meraih undi dr rakyat Malaysia...walaupun hakikatnya aku x setuju dengan cara ni yg mengakibatkan pencemaran bunyi tp aku hormat sbb ini negara demokrasi.. namun, aku pinta pada muslimah, xpayah nk sibuk sama disitu..x manis pada pandangan aku dan org2 yg sygkan imej muslimah tu...jaga malu anda.itu tuntutan agama.

PR sepatutnya hormat dgn penyokong2 BN...mereka pun nk berarak untuk meraih undi utk mereka juga... anda berada di jalan utama..so, bila penyokong2 BN lalu sepatutnya anda beri laluan. jangan cuba dekati mereka. dgn halang perjalanan mereka.

masalah berlaku bila anda cuba provoke mereka.. "JALAN LAH" tu masih bley terima. standard bila kata mengata mcm tu..tp bila jalan mereka korg halang..korg kerumun mereka. bila di beri amaran "JANGAN KURANG AJAR" dtg pula sorg mat botak ni pergi tolak motor tu...memang la dia tak jatuh..tp korg kena tau...org2 BN tu mat2 motor..so motor tu lbh berharga dr nyawa dorg..tau x?? bila motor dh jatuh umpama jatuhlah maruah dorg...kwn2 pula nampak..kalo org2 PR lah yg motor kena tolak tu xkan x nak backup kawan kan?

so, tak payah nk kata BN yg salah. korg yg cari masalah. memang dorg yg mula pukul tp sebab korg yg mulakan naik angin...tp kalo aku jd mamat yg motor kena sepak tu..aku hempok smpai mati mat botak tu...

Thursday

PRU-13 - kaca mata aku...

menifesto yg paling menerujakan dr PR adalah.

  1. hapus PTPTN... yg ni aku setuju tuk kepentingan aku yg xlangsai2 lagi hutang PTPTN.. maklum ar..bayar pun cam xnk surut je hutang.smpai naik nyampah aku tengok statement.. namun, aku pun fikir balik. walaupun bg pendidikan percuma, aku ase duit PTPTN aku tu byk guna tuk belanja harian.beli buku dan yg pasti lg terbukti, duit tu la yg menanggung aku yg sedang mengganggur ni.
  2. turun harga KERETA... ada aku kisah? aku sendiri dah ada kereta.apa nak fikir lagi...so kena fikir pada perspective org yg blm py kemampuan berkereta.ok..releven..bgs turun harga kereta.tapi kalo fikir dalam konteks lain.kebanjiran kenderaan di atas jalan raya. sekarang pun kaw bandar yg x metro pun dah jem sbb kereta byk.bygkan kalau kereta dah murah.berapa byk lg yg nak dilonggokkan diatas jalan. maklum la...kereta dah murah.harga PETROL pn turun.xkan nk leceh naik public transport kan?erm...so kena lebarkan jalan.besarkan lg jalan.kena buat byk lg jambatan.maka mana lg tanah yg nak kena tarah demi menjaga kepentingan manusia?makin sikitlah tanah2 tuk memelihara alam sekitar.maka akan berlakunya banjir kilat sana sini harga sebuah pembangunan..
    • xyah turunkan harga kereta la...kalo perasan kat jalanraya ni dh berlambak kereta2 import.paling common kereta jenama TOYOTA sampai dah rasa toyota tu msian product je...
  3. hapus TOL..terima kasih kalo btl2 mampu buat sekurang2nya sama mcm yg ada sekarang.maksud aku, keadaan jalanraya. yg ni aku pun setuju.xde byk soklan.cuma jgn sbb nk bg tol free smpai abis dana negara dah ar... aku takut nak ambil alih bg kat koncu2 je projek baik pulih...time tu xde sapa pun tau melainkan yg terlibat.
  4. permit TEKSI dikeluarkan lebih byk kepada individu...mmg gila..sekarang pun dah ramai sgt pemandu teksi yg duk tersadai kat tepi jalan tunggu pelanggan.nnt bila dah org ramai pakai kereta sbb harga kereta dah murah, sapa lg yg nk naik teksi?time tu mmg bertambah lumpuh la pemandu teksi.xpe.tu rezeki masing2...Allah dah tetapkan.tak baik aku persoalkan.astagfirullahalazim...minta maaf..
  5. caj AIR dan ELEKTRIK lebih rendah...byk2 terima kasih...ini yg antara paling aku suka.kurang sikit bebanan bulanan..lantak la macam mana nk buat..asalkan masih bekalkan air terawat jgn dia bg air pam dari tanah dh ar...mn dorg nk dpt sumber tuk cover kos tu dorg pk ar sendiri.dorg pemimpin aku plak nk dpt faedah je.
  6. hapus AES pun aku setuju...ini benda yg paling aku benci kot kerajaan buat..lain ar kalo buat AES dan hapuskan speed trap..ini dgn AES dgn speed trap.bosan btl...tp kalo speed trap hapus bila naik AES aku setuju.bkn apa...sah2 AES tu melekat kat situ je...dh sah2 tau dia kat situ.so smpai situ, bley ar slow.speed trap ni parah kalo xde org nk tlg bg lampu terutama sekarang ni dorg tangkap no plat dr belakang dan dorg pakai baju kaler hitam.mmg selalu xbley nak perasan.
yg lain tu bkn pilihan aku tuk teruja.

Wednesday

PRU-13...tanggapan aku...

aku tak nak cerita pasal menifesto...tp ini apa yang aku rasa kalo PR menang pilihanraya kali ini..

hati aku pun rasa PR yg akan menang...

bila PR mng...sapa yg naik jd PM? Anuar Ibrahim aka DSAI.
sapa dibelakang DSAI? DAP= Lim Guan Eng.
so korg rasa sebenarnya sapa yg memerintah negara? DSAI or LGE?
berani ke DSAI nk lwn LGE sedangkan terbentuknya PR sbb DSAI x yakin yg dia bley menang hanya dengan PKR.so dia panggil DAP ngn PAS tuk bergabung..

so pada korg apa tanggapan aku?
ye...btl...aku beranggapan mereka bergabung untuk kepentingan masing2..
DAP tau dia xkan bley jd PM sbb ini tanah melayu dan pemimpin melayu lbh diikhtiraf..
PAS tau dorg xbley nk kuasai Msia sbb Msia rakyat berbilang bangsa...utk membuatkan aliran politik dorg diterima semua, bergabung dgn PKR dan DAP adalah langkah sewajarnya utk jd PM.
PKR berjuang demi utk keadilan mereka2 yg telah disisihkan dalam parti UMNO dan BN.so pembentukan parti berasaskan kepada kepentingan peribadi perlu digabung dengan parti pembangkang lain utk jadi lebih kuat dan lebih cepat utk jd PM.

ini negara demokrasi...suka hati aku nak taip apa pun...xsuka xpayah baca...

PRU-13 - spek mata aku yg nk mengundi.

ramalan aku PRU-13 ni...PR akn menang besar disebabkan oleh rakyat Malaysia yg pentingkan diri sendiri. ternyata menifesto yg diutarakan kedua2 belah parti hanya untuk meraih undi tanpa fikirkan dana dan ekonomi negara.

sebenarnya aku risaukan konsep negara kebajikan yg ingin dilakukan oleh pemimpin PR...dilawan oleh pemimpin BN yg terpaksa membuat menifesto balas untuk meraih undi dr rakyat supaya masih diberi mandat untuk mentadbir negara. hakikatnya, harga barang makin turun yg dijanjikan tp boleh bg jaminan cukai diturunkan?harga insuran turun?perkhidmatan awam lebih baik? dan lain2 lg yg akan datang isu2 seterusnya hasil dari tindakan menifesto? jangan nanti dah macam2 isu naik, pihak yg berjanji memutarkan kata2 seperti apa yg berlaku diselangor.

aku bkn penyokong BN namun aku pasti takkan pangkah PKR, PAS dan apatah lagi DAP.

DAP dengan isu perkauman. jelas, terang dan nyata orang2 melayu ditindas di Penang. pergi sendiri ke Penang. berapa ramai peniaga Melayu? tengok kehidupan dorg disana.bandingkan dengan pembangunan yg dilakukan DAP.mampukah org Melayu membeli rumah yg baru mereka bina yg mencecah jutaan ringgit? banggunan perniagaan yg mewah.mampu ke org2 melayu menyewa ruang tu semua?bukan sengaja bg pandangan yg berat pada org melayu tp aku sedih.orang melayu yg duk agungkan bangsa lain dan menindas sesama sendiri.

PAS pula aku tak minat bila dorg suka menggunakan ayat seperti mereka ahli syurga dan orang di parti lawan penghuni neraka.

1 perkara tentang PAS dan PKR adalah mereka suka membuka aib orang lain. sebenarnya sama je dengan BN pun...sedangkan 3 parti ni dipimpin oleh manusia yg bergelar muslim dan muslim itu bersaudara..mungkin dorang lupa firman Allah yg menyuruh kita menutup aib saudara sendiri.

so aku nak pilih mana?undi aku pun rahsia juga..hahaha...

Thursday

mimpi dia.

dalam bulan ni je...dh masuk kali ke-3 Ya Allah aku mimpi kan dia...

sejak dia bertunang, aku dah decide tuk terus lupakan dia...aku tak mahu ingatkan dia..walaupu sebenarnya itu memang dh lama aku berjaya lakukan.

tapi aku memang belum mampu untuk tidak ingatkan dia bila dia post status dlm FB...namun aku hepi sbb dia bahagia dan mereka nmpk bahagia.

ketidakmampuan tu bkn bermakna aku ingat kat dia selalu...bila xnmpk post dia or x nmpk dia lgsung...maka aku xde pun ingat kat dia...tp akhir2 ni, aku nmpk kemunculan dia dalam lewat mimpi2ku...

mimpi pertama dia salahkan aku.kenapa?aku pun xingat dh..

kali ke-2, aku mimpi dia cari salah aku n menyalahkan aku n mengungkit segalanya...

ke-3 adalah tadi.masa terlelap dgr ustaz kazim kira2 jam 6.45pm...time nk maghrib..aku nk jmp seseorang.mcm spesel org tu.tp dia pun turut ada.sepatutnya ada 2lelaki.tp bila aku nmpk mereka,mereka b4.tp kali ni mata dia nmpk ceria bila jmp aku.seolah lama sgt xjmp..ada rindu dimatanya...aku?pasti aku terkejut.n spt biasa,aku berdebar.nk buat mcm mana..hanya dia lelaki yg berjaya buat jantung aku bdegup kencang..aku blm jmp lelaki yg bley buat aku jadi macam tu...namun dalam mimpi tu aku penuh tanda tanya kenapa dia mesti ada..dan aku salahkan diri aku sbb lupa yg org yg aku nk jmp dgn kwn aku tu adalah kwn yg rapat dgn dia...mana aku tau?entah..kata pun mimpi...

Sunday

Gelap

Gelap ni sama cam hati aku...masih nmpk tp gelap...bila nk cerah?Allah je tau.

Tuesday

sakit

sememangnya aku risaukan diri aku..aku takut jd mcm kak noi..asal sakitnya, kakinya salu kebas,sakit mcm urat bersimpul.dan tu yg aku rasa kini..dada aku pun makin sakit.bukan makin tapi kerap sakit.semoga xde apa2 yg serius.nanti sapa nakjaga mama?

Saturday

sakit

Allah, dada rasa sakit...
walaupun tak sakit sangat...tp tu sebab Kau belum nak ber yang rasa sangat sakit,kan?

Allah, terima kasih bg aku fikiran yang waras.
beri aku cara nak kawal rasa sakit tu...
terima kasih banyak2 Allah...

banyak kata2 dari ustaz n ustazah kata,
sakit tanda Kau ingat pada kami...
Allah, terima kasih ingat pada aku.
aku bersalah kerana selalu melupakan-Mu.
andai sakit ini boleh mengingatkan aku pada-Mu
maka, aku redha, Ya Allah.

Wednesday

kerja2...kerja..

kan dah kata...ni kerja baru aku sekarang...
meh sini click kat link kat bawah ni...

https://www.elance.com/s/mijud/?rid=3DO6S

nampak nama aku?hihi...best x? bangga weh...tp jangan kisah sangat yg tu...tu nipu je...sebenarnya link yang patut korg click kalo nak join keje cam aku tu link kat bawah ni...

https://www.elance.com/?rid=3DO6S

Monday

hati

kadang2 hati tu bukan lah tak ikhlas.apatah lagi nak membangkit.
tapi hati ni pun ada limitnya.
ada sakitnya
ada keterasaan hatinya.

kadang2 hati ni cuba nak tabah.
telan segala apa yg orang buat
terutama dari darah daging sendiri

tapi kadang2 dia kalah juga.
berderai juga akhirnya air mata
bukan sebab hati ni rapuh
tapi sebab terlalu banyak luka yang tak sempat nak sembuh.
ditambah luka yang baru.

maka bagaimana hati nak teguh.
macam mana hati nak terus padu?
luka2 itu ibarat lopakan jalan tar yg tak pernah dibaiki
makin dibiar makin banyak lubangnya.
makin dalam jadinya.

lantas hati berkata
teruskan bertahan.
demi ibu yang masih bernafas.

hati teruslah bertahan.
demi hubungan yang bernama
hunbungan yang mustahil untuk terlerai.

hati apa yang perlu untuk berkira.
pahit manis ditelan bersama
menangis sendiri gembira di rai.

teruskan menangis wahai hati
tapi menangis lah kau sendiri
jangan diketahui orang kelak malu sendiri.

air mata itu anggap saja penyuci hati
agar tiada sisa dendam dan sakit hati
pesan ayahanda mesti diingati
agar hidup rukun sentiasa setiap hari.

Thursday

dh mmg perangai aku...

aku baru merancang nk kemas bilik yang dh xdisapu sejak 2 mgu lps...
tgah amek mood..nk kemas2 apa yg patut dl...
skali mama tegur...

"cuba ko sapu bilik ko tu...dah kotor mama tgk"

tersentap hati aku...cakap kat bilik air..nak bg 1 line tu dgr ke?
nak buat announcement ke?

dah mmg perangai aku...terus aku bantut kan niat nak kemas bilik...
tgu la esok or lusa...
lain kali jangan tegur...
pantang aku barang aku.bilik aku or pape pn yg aku nk buat org tegur...
mmg nk buat jadi xbuat...
kalo aku nak makan pn bley jd xmakan...

Tuesday

keje apa?

ini lah keje aku sekarang... http://www.jobdirumah.com/mijud nampak x kat url tu ada nama aku? haha..bangga2...

aku penentang ank muda gila politik

Aku  bukan orang yg setuju dengan perjuangan anak2 Malaysia yg mengutuk kerajaan..
tp aku bukan bermakna sokong kerajaan....

mana yg perlu aku mulakan?

rasuah..?
ok...ini lah topik yg selalu diperkatakan dan perkara ini yang kita nak tentang...
aku bukan pesimis..tp aku realistic..

siapa yg korg rasa memerintah yang tak akan kaut rasuah?beb,yg gila buat rasuah bkn pemimpin je tp government server...so kalo pun PAS yg pegang tetap sama...sbb? pekerja2 yg mengamalkan rasuah masih kekal disitu...nak kata kepimpinan melalui teladan?minta maaf bercakap..kalo bnd dh sebati dgn darah,mcm mana nak pasti yg mereka2 ni akn berubah?xcuba xtahu?dh kalo dh cuba tp mengeruhkan lg keadaan mcm mana plak?

Ada PKR kata dia nk banteras rasuah?aku ni mmg x ikuti berita sgt...tp kalo ada...aku nk kata...bg bontot lah kat org tu...aku pernah kerja berurusan dgn MPK, PKNS..kerja kita hanya akn cepat siap setelah kita hulur sikit...tp mcm aku kata bnd ni pekerja yg buat...pemimpin xtahu lg...

dah nk bg sapa?DAP?tu lagi xbley pakai...tu lg parti pling kuat dgn wang...

DAH NAK PILIH SIAPA? Anda yg tentukan...

dah kita nak singkirkan kerajaan BN sbb apa? kalo dh semua parti sama je...

sistem kuncu...
ini lagi penghancuran ekonomi setempat...

Penatnya....

badan dh sangat...tersangat in fact tersangat-sangat penat dan sakit. sabarllah badan... selagi mampu untuk berbakti, kita berbaktilah... jangan pernah mengalah badan... kita mesti kuat...perlu bekerjasama dengan hati dan minda. hati dh ikhlas tapi tolong hati...lebih ikhlas demi Allah... demi ibu.. demi keluarga... bila hati ikhlas, badan yg sakit pasti akan sihat bila nak buat kerja. minda...tlg badan untuk selalu positif... berfikir secara positif akan buat kita terus jd positif. tak kira pada badan atau hati. Allah, bantulah badan, hati dan minda... sesungguhnya kami berusaha untuk sihat, ikhlas dan positif... tp hanya pada-Mu Ya Allah yang memungkinkan segalanya... Allah...tolong kami.. amin Ya Rabbal 'Alamain...