Sunday

“HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK DIBAZIRKAN DENGAN TANGISAN KEDUKAAN”

kehidupan kita yang entah bila akhirnya haruslah dinikmati dengan sebaik mungkin. Pengakhiran hidup yang kita sendiri tidak tahu bila pasti akan datang. Seperti kata2 manusia sesat, “hidup hanya sekali”. Memang tidak dinafikan kita perlu menikmati hidup hanya sekali ini tapi biarlah berlandaskan cara yang betul. Cara yang akan mendatangkan kejayaan kepada kita. Kejayaan yang berterusan dari mula sehingga akhirnya di akhirat kelak. Hidup kearah akhirat yang cemerlang bukan bermakna kita perlu melupakan dunia. Rasul saw sendiri pernah berpesan “kejarlah kenikmatan hidup didunia tanpa melupakan akhirat”. “ seimbangkanlah akhirat dan dunia”. Manusia diuji oleh Allah kerana manusia selalu akan melupakan Maha Pencipta apabila senang. Manusia biasanya akan kembali kepada pencipta apabila berasa susah dan sesak. Jadi ujian diberikanNya agar manusia dapat meningatinya sentiasa. Manusia yang tidak dapat melalui ujian yang mendatang adalah serugi-rugi manusia. Seharusnya kita bersyukur diatas penderitaan yang kita lalui kerana disebalik penderitaan itu terselit hikmah yang kadang-kadang tidak kita duga, kadang-kadang tidak kita jangka. Kita hanya akan sedar bila segala penderitaan tersebut dapat kita jalankan dengan tenang. Orang yang tidak kuat mengharungi penderitaan yang diberikan akan terus kecundang dan meratapi kepayahan yang dihadapinya. Orang2 seperti ini akan sentiasa berada didalam kedukaan dan kesengsaraan. Mereka akan bazirkan kehidupan yang singkat ini dengan kedukaan yang tak bertepi.

No comments: