Tempat berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika didatangi Malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah
SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot)yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
5 meter kain kafan putih
Kapas Putih yang secukupnya
Muatan lain yang di pertimbangkan :-
Amal soleh
Sedekah jariah
Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
Ilmu yang manfaat
Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barang siapa yang tidak mematuhinya akan didenda.
SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.
ULANGAN
Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.
Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada anda semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi;
Ertinya : "Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu
No comments:
Post a Comment