Amat penting dikalangan kita yang bergelar insan untuk bahagia terutama dalam hati ada cinta. Apabila bercinta sikap jujur adalah penting meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang ada pada pasanagan kita. Penting juga untuk kita ketawa iaitu dengan mencipta suasana humor yang romantis seperti mebuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya kita berdua boleh ketawa. Dalam perhubungan perasaan yang istimewa ini adalah penting untuk kita menjadi sahabat kepada pasangan bermakna kita akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan kita lebih dekat dengan pasangan kita itu. Selain itu, perasaan hormat satu sama lain dan berkompromi juga penting kerana setiap manusia itu mempunyai citarasa dan pandangan yang berbeza. Seterusnya memaafkan pasangan kita supaya kita tak melempiaskan amarah kita kepadanya. Jangan cuba untuk mengubah pasangan kita. Perlu sentiasa terbuka dan menerima pasangan kita seadanya dia. bersyukurlah dengan kehidupan kita diwaktu ini dengan melupakan kisah lalu yang pedih dan menyakitkan bahkan boleh merosakkan hubungan kita dengannya. Akhir sekali adalah doa. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan dan kesihatan pasangan kita. Tanamkan dihati setiap insan, doalah merupakan penawar bagi segalanya.
“ Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya. Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya. Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya. Dekat pada lengan untuk dilindunginya dan dekat dihati untuk dicintainya “
No comments:
Post a Comment