Sunday

“REMAJA PENUH DENGAN SIKAP INGIN MENCUBA DAN INGIN TAHU”

kebiasaan bagi remaja yang ingin memcuba sesuatu yang baru. Tak salah. Remaja umpama anak kecil yang sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk dipelajari agar mengetahuinya. Perbezaan antara remaja dan anak kecil adalah remaja dikurniakan akal untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk. Sedangkan anak kecil akalnya masih

baru dan masih tidak tahu apa yang baik dan apa yang buruk dalam kehidupan mereka. Anak kecil sentiasa perlu diberitahu oleh ibu bapa dan sekeliling tentang kebaikan dan keburukan sesuatu yang sedang dilihat, disentuh atau dirasanya. Sedangkan remaja tidak suka diperkatakan kebaikan dan keburkan kerana merasa diri sudah boleh memahami dan membezakan. Tapia pa yang berlakukini?! Kerajaan terpaksa menjalankan kempen anti dadah di seluruh Negara bagi menyedarkan masyrakat terutama remaja tentang keburukan dadah. Adakah remaja kini anak2 kecil yang harus diberitahu kebaikan dan keburukan sedangkan remaja kini terlalu luas pencapaian otak mereka akibat kemajuan teknologi. Tidak seharusnya kempen anti dadah dijalankan dengan meluas kerana remaja tahu untuk membezakan kebaikan dan keburukan. Tapi kerajaan wajib juga menjalankan kempen anti dadah kerana remaja kini mempunyai kebodohan dalam menilai kebaikan dan keburukan. Ungkapan “saya tahu apa yang sedang saya lakukan” seharusnya membawa kebaikan dalam hidup remaja. Entah kenapa ungkapan itu sentiasa mengundang bencana dalam hidup remaja tersebut. Nampak benar yang remaja kini perlu dibimbing dan dipimpin seperti anak kecil yang tidak tahu apa2. malu sungguh dalam usia remaja masih lagi dipimpin dan dibimbing seperti anak2 kecil kan? Tapi apa mahu buat. Remaja tidak boleh membuat keputusan yang tepat dalamhidup mereka. Masih tak tahu bagaimana mahu membezakan yang mana elok dan yang mana buruk. Sekiranya dizaman kanak-kanak remaja iaitu dalam lingkungan 13-17 tahun masih dibimbing rasanya masih tak mengapa. Kerana selalunya remaja dalam linkungan ini masih dibawah pengawasan ibu bapa atau penjaga. Tetapi malu benar bila sudah melangkau usia 18-25 tahun iaitu remaja pertengahan kerana selalunya remaja ini sudah lepas dari kepompong ibu bapa. Tapi entah mengapa masih lagi dipimpin dan dibimbing seperti anak kecil. Paling memalukan apabila remaja dwasa,26-30 tahun masih bengong untuk membuat keputusan yang tepat dalam hidup mereka. Memalukan sungguh jadi remaja zaman sekarang. Dah besar pun masih lagi kena diberitahu apa yang boleh dibuat dan tidak. Ish..ish..ish…

1 comment: